mydesquera's profileDesquera2uPhotosBlogListsMore Tools Help

Desquera2u

"BARU DILANCARKAN: Pendapatan harian boleh mencecah RM3000, Ahli disediakan dengan Maybank Debit Card...100% Guaranteed!"

mydesquera

This person's network is empty (or maybe they're keeping it private).
There are no photo albums.
July 17

TIADA YANG MUSTAHIL JIKA SANGGUP

http://www.impianwarisan.com
 
     HANYA 15 hari sahaja persiapan untuk mengadakan seminar pertama Sehari Bersama Desquera. Ramai yang pelik dan mengatakan mustahil, apatah lagi tempat untuk mengadakan seminar tersebut, di tingkat atas ibu pejabatDESQUERA masih belum wujud, masih lagi berkecamuk, masih sehari dua diubahsuai. Mengendalikan, menyediakan seminar bukan perkara mudah. Terlalu banyak kerja yang mesti dilaksanakan. Memastikan seminar berjalan dengan lancar, teratur, “berisi” pun bukan mudah. Bukan mudah juga untuk memastikan kedatangan peserta berhimpun di ibu pejabat. Mesti ada motif dan faedah yang boleh menyebabkan mereka datang.
             Saya menggunakan kuasa BIGi. Saya mula membayangkan dewan di atas yang masih berkecamuk itu sudah siap dan peserta gembira duduk dalam seminar tersebut. (Kemudian nanti akan saya terangkan dalam Seminar “Aktifkan BIGi” yang akan diadakan di seluruh negara) Sanggup; itu kuncinya. Saya dan pegawai pegawai DESQUERA sanggup melakukan apa saja yang baik supaya seminar pertama itu menjadi kenyataan. Akhirnya, hasil kesanggupan bekerja siang malam, dewan seminar dan pejabat di atas siap dengan sempurna.
              Kira-kira 200 warga DESQUERA sejauh dari Sarawak datang berhimpun di dalam dewan, tepat sebagaimana yang saya gambarkan menggunakan “Aktifkan BIGi”!Usaha anda setiap hari dalam mengusahakan
MLM DESQUERA, semestinya, hendaklah berbekalkan KESANGGUPAN. Tanpanya, adalah mustahil anda akan berjaya. Mengapa tidak sanggup dan mengapa sanggup? Itulah soalan yang mesti ditanya kepada diri sendiri setiap hari. Berbekalkan KESANGGUPAN, kejayaan milik anda!
 
 
 [ dari meja pengarah urusan ]
     IDRIS MOHD SAID

 
 
 http://www.impianwarisan.com
 
July 14

SI KATAK DALAM TELAGA BUTA

 

 http://desquera2u.wordpress.com

 

                 Seekor katak telah terjatuh ke dalam telaga buta yang tidak dalam menurut pandangan manusia tetapi cukup dalam dari sudut pandangan katak.Si katak itu terkejut bila mendapati bukan dirinya seorang berada di dalam telaga buta tersebut. Ada banyak katak lain yang terperangkap di dalam telaga buta tersebut.Beberapa ekor katak datang mendekati dirinya untuk bertanya khabar tentang dunia luar telaga buta tersebut. Si Katak tersebut hanya mengangguk dan tersenyum sahaja kerana di fikirannya ada rancangan lain iaitu nak melompat keluar dari telaga tersebut, tidak mahu selamanya terkurung di dalam telaga tersebut.

               “Tak payahlah kamu mencubanya, kami dah lebih dulu banyak kali mencuba, gagal dan kekal di dalam telaga ini.” Katak tua itu seolah-olah dapat membaca fikiran Si Katak tadi.Si Katak itu hanya senyum dan terus memulakan lompatan untuk keluar dari telaga itu. Lompat, melompat, melompat, berterusan tanpa penat, tanpa henti. Katak-katak lain mula bising di bawahnya.

                “Sudahlah, cukuplah... jangan buang masa, jangan cari pasal, jangan cari penat...” Beramai-ramai kata-katak tersebut bising menyuruh berhenti. Dengan sorakan, larangan tersebut, semakin tinggi loncatannya.Akhirnya, Si Katak itu berjaya dengan lompatannya. Ia melompat sekuatkuat hatinya dan berjaya keluar dari telaga tersebut.Katak itu pun melambai mengucapkan selamat tinggal kepada katak katak lain yang terpinga-pinga di dalam telaga tersebut.

               Bagaimana Si Katak tersebut berjaya melompat keluar? Kerana sokongan padu dari kata-katak lain. Katak tersebut sebenarnya pekak, menyangka larangan dari katak-katak lain sebagai sorakan, sokongan dan galakan.

 

MORAL: Persepsi. Anda berkuasa menukar persepsi suasana sekeliling.Kalau suasana menentang anda, ia boleh ditukar, dianggap sebagai menyokong anda. Ada masanya anda perlu ‘memekakkan’ telinga. Anda mempunyai kuasa dan hak.

 

 

 http://desquera2u.wordpress.com

 

 

July 11

SEBAB IA PERCUMA

http://mydesquera2u.blogspot.com/

 

               IA PERCUMA sebab itulah tidak dihargai. Seandainya ia berbayar dan mahal, tentulah ia dihargai. Atau bila ia sudah tiada lagi barulah ia dihargai. Berapa orangkah yang benar-benar menghargai air? Tak ramai. Mengapa? Sebab ia murah dan boleh didapati dengan banyak dan murah. Air akan hanya dihargai bila kemarau dan

adanya catuan.

               MASA dan KUALITI adalah percuma. Kerana ia percuma, tidaklah ramai yang menghargainya. Berapa orang yang sebenarnya mengisi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan perniagaan MLM benar-benar mengisi masa tersebut? Tak ramai. Berapa orangkah yang mempunyai jadual harian untuk menjalankan perniagaan MLM dalam masa yang diperuntukkan? Tak ramai. Berapa orangkah sebenarnya yang berjaya di dalam MLM? Tak ramai. Mensia-siakan masa yang percuma bermakna mensia-siakan masa depan. Anda terpaksa “membayar” harga yang tinggi kerana mensia-siakan masa.

              Tidak ramai yang memikirkan dan menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian. Tidak ramai yang bertekad untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti semasa mengusahakan MLM. Bahkan ramai yang tidak tahu apa itu sebenarnya kualiti. Bukan tak tahu tetapi tak mahu tahu.

              Masa dan Kualiti tak pernah kekal. Ia boleh pergi begitu sahaja jika anda tidak menghargainya. Selalunya ia disudahi dengan sesalan, jika tidak dihargai. SEBAB IA PERCUMA

 

 

   Dari sumber  :   Razzi Armansur

                                                                                                                                                   

 http://mydesquera2u.blogspot.com/

 

July 07

PERUBAHAN YANG AKAN MENGUNTUNGKAN

 

http://www.mydesquera.com/blog

 

            OLEH kerana tumpuan utama DESQUERA adalah pengguna dan usahawan yang bernaung bersama, maka, sejak dibuka kepada umum, DESQUERA sentiasa melakukan perubahan demi perubahan. Semua dilakukan untuk keuntungan usahawan dan pelanggan.Beberapa produk baru diperkenalkan seiring dengan pertambahan usahawan dan pengguna yang semakin mendadak. Pelan kemajuan DESQUERA sentiasa dibincangkan di kalangan lembaga pengarah demi untuk kemajuan.

             Tingkat atas ibu pejabat DESQUERA sedang diubahsuai untuk dijadikan dewan mesyuarat yang besar,mampu memuatkan 200 usahawan dan bakal usahawan dalam satu-satu masa. Perancangan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan WISMA DESQUERA dibina dalam tempoh 2 tahun lagi bagi menempatkan ibu pejabat pengurusan, dewan-dewan mesyuarat, institute MLM, ruang legar, kafeteria, ruang pameran.DESQUERA yang tiba-tiba menjadi sebut-sebutan ini akan sentiasa memikirkan dan  melaksanakan perubahan selagi ia membawa kebaikan dan keuntungan kepada usahawan,bakal usahawan dan pelanggan yang bernaung.

             SAYA dan isteri saya, Nur Haslinda seakan menentang arus bila kami berura-ura hendak menubuhkan DESQUERA WORLDWIDE. Baru saja berura-ura sudah banyak komen dan tentangan dari berbagai pihak yang negatif, terutamanya mereka yang rapat dengan kami.Bila memulakan langkah pertama mewujudkan DESQUERA, makin rancak tentangannya. Mereka lupa, saya ini bekas tentera -- segala yang teruk telah saya alami terlebih dahulu. Latihan yang saya perolehi adalah mudah sekali -- semakin ditentang semakin maju, ibarat layang-layang naik ke udara kerana menentang angin, bukan mengikut angin. DESQUERA ditubuhkan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Ia adalah global, untuk industri MLM di Malaysia khasnya. Kalau hanya memikirkan kepentingan sendiri, kami berdua lebih selesa menjadi “player” sahaja di dalam industri ini.

 

                Kita di DESQUERA ingin membina budaya sendiri, budaya yang mungkin sedikit berbeza dari syarikat MLM lain. Dan kita begitu menyayangi industri MLM ini, mahu melihat industri ini kekal sehingga ke anak cucu. Usaha kita adalah untuk mengekalkan bukan merosakkan. Anda, siapa saja, pasti akan sentiasa menerima tentangan, halangan, kritik dan sebagainya. Hanya perlu bertanya kepada diri sendiri, “Ke mana saya akan sampai jika tunduk kepada tentangan, halangan, kritikan.”

 

 

   http://www.mydesquera.com/blog

 

 

 

 

 

 

 

July 03

MENINGKATKAN DAYA INGATAN SECARA SEMULAJADI

http://www.impianwarisan.com

 

                Otak manusia memang luar biasa. Ia mampu mengingat dengan mudah.Cuma kadang-kadang ia “malas” untuk mengingat. Tidak ada istilah lemah ingatan, cuma “malas memgingati”. Ungkapan mengatakan, “Makin berusia, makin tajam ingatan,” sekaligus menolak anggapan bahawa makin berusia makin pelupa. Ia cuma malas, bukan pelupa. DQ MEMORY BOOSTER dapat membantu menguatkan ingatan, sangat baik untuk semua peringkat umur, membekalkan oksigen yang sangat dikehendaki oleh otak.

                 DQ MEMORY BOOSTER ini mengandungi herba-herba pilihan yang telah dikenalpasti mampu untuk menguatkan ingatan jika diamalkan. Kandungan utama di dalam DQ MEMORY BOOSTER ialah ekstrak Kismis. Kismis sejak sekain lama dikenali sebagai makanan yang mampu menguatkan ingatan kerana ia mengandungi fiber, kalsium, karotene, zat besi, folik asid, fotasium, magnesium, lemak, fosforus, protin, zink, Vit B1, B2, B6, Vit C, galian dan vitamin yang diperlukan oleh otak.

                  Di samping itu ia mengandungi Ekstrak Kurma, Madu, Ekstrak Zafran, Minyak Habatusaudah, Gingko Biloba, Gotu Kola, Pegaga. Meningkatkan Daya Ingatan Secara Semulajadi Buletin DESQUERA { Muka 2 }Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri -- bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10 tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan.

                  Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih. Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkan” DESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya.

                  Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.

 

Tips Menjual

 

Bawa sampel DQ MEMORY BOOSTER dan galakkan bakal pembeli merasai sendiri kesedapan herba ini. Beritahu ia amat sesuai untuk anak-anak yang masih bersekolah dan yang telah berusia. Tunjukkan testimoni. Terangkan

tentang khasiat Kismis, Madu, Habatusauda, Gingko, Pegaga.

 

 http://www.impianwarisan.com