mydesquera's profileDesquera2uPhotosBlogListsMore ![]() | Help |
|
|
July 17 TIADA YANG MUSTAHIL JIKA SANGGUPhttp://www.impianwarisan.com HANYA 15 hari sahaja persiapan untuk mengadakan seminar pertama Sehari Bersama Desquera. Ramai yang pelik dan mengatakan mustahil, apatah lagi tempat untuk mengadakan seminar tersebut, di tingkat atas ibu pejabatDESQUERA masih belum wujud, masih lagi berkecamuk, masih sehari dua diubahsuai. Mengendalikan, menyediakan seminar bukan perkara mudah. Terlalu banyak kerja yang mesti dilaksanakan. Memastikan seminar berjalan dengan lancar, teratur, “berisi” pun bukan mudah. Bukan mudah juga untuk memastikan kedatangan peserta berhimpun di ibu pejabat. Mesti ada motif dan faedah yang boleh menyebabkan mereka datang. Saya menggunakan kuasa BIGi. Saya mula membayangkan dewan di atas yang masih berkecamuk itu sudah siap dan peserta gembira duduk dalam seminar tersebut. (Kemudian nanti akan saya terangkan dalam Seminar “Aktifkan BIGi” yang akan diadakan di seluruh negara) Sanggup; itu kuncinya. Saya dan pegawai pegawai DESQUERA sanggup melakukan apa saja yang baik supaya seminar pertama itu menjadi kenyataan. Akhirnya, hasil kesanggupan bekerja siang malam, dewan seminar dan pejabat di atas siap dengan sempurna. Kira-kira 200 warga DESQUERA sejauh dari Sarawak datang berhimpun di dalam dewan, tepat sebagaimana yang saya gambarkan menggunakan “Aktifkan BIGi”!Usaha anda setiap hari dalam mengusahakan MLM DESQUERA, semestinya, hendaklah berbekalkan KESANGGUPAN. Tanpanya, adalah mustahil anda akan berjaya. Mengapa tidak sanggup dan mengapa sanggup? Itulah soalan yang mesti ditanya kepada diri sendiri setiap hari. Berbekalkan KESANGGUPAN, kejayaan milik anda! [ dari meja pengarah urusan ] IDRIS MOHD SAID http://www.impianwarisan.com July 14 SI KATAK DALAM TELAGA BUTA
http://desquera2u.wordpress.com
Seekor katak telah terjatuh ke dalam telaga buta yang tidak dalam menurut pandangan manusia tetapi cukup dalam dari sudut pandangan katak.Si katak itu terkejut bila mendapati bukan dirinya seorang berada di dalam telaga buta tersebut. Ada banyak katak lain yang terperangkap di dalam telaga buta tersebut.Beberapa ekor katak datang mendekati dirinya untuk bertanya khabar tentang dunia luar telaga buta tersebut. Si Katak tersebut hanya mengangguk dan tersenyum sahaja kerana di fikirannya ada rancangan lain iaitu nak melompat keluar dari telaga tersebut, tidak mahu selamanya terkurung di dalam telaga tersebut. “Tak payahlah kamu mencubanya, kami dah lebih dulu banyak kali mencuba, gagal dan kekal di dalam telaga ini.” Katak tua itu seolah-olah dapat membaca fikiran Si Katak tadi.Si Katak itu hanya senyum dan terus memulakan lompatan untuk keluar dari telaga itu. Lompat, melompat, melompat, berterusan tanpa penat, tanpa henti. Katak-katak lain mula bising di bawahnya. “Sudahlah, cukuplah... jangan buang masa, jangan cari pasal, jangan cari penat...” Beramai-ramai kata-katak tersebut bising menyuruh berhenti. Dengan sorakan, larangan tersebut, semakin tinggi loncatannya.Akhirnya, Si Katak itu berjaya dengan lompatannya. Ia melompat sekuatkuat hatinya dan berjaya keluar dari telaga tersebut.Katak itu pun melambai mengucapkan selamat tinggal kepada katak katak lain yang terpinga-pinga di dalam telaga tersebut. Bagaimana Si Katak tersebut berjaya melompat keluar? Kerana sokongan padu dari kata-katak lain. Katak tersebut sebenarnya pekak, menyangka larangan dari katak-katak lain sebagai sorakan, sokongan dan galakan.
MORAL: Persepsi. Anda berkuasa menukar persepsi suasana sekeliling.Kalau suasana menentang anda, ia boleh ditukar, dianggap sebagai menyokong anda. Ada masanya anda perlu ‘memekakkan’ telinga. Anda mempunyai kuasa dan hak.
http://desquera2u.wordpress.com
July 11 SEBAB IA PERCUMAhttp://mydesquera2u.blogspot.com/
IA PERCUMA sebab itulah tidak dihargai. Seandainya ia berbayar dan mahal, tentulah ia dihargai. Atau bila ia sudah tiada lagi barulah ia dihargai. Berapa orangkah yang benar-benar menghargai air? Tak ramai. Mengapa? Sebab ia murah dan boleh didapati dengan banyak dan murah. Air akan hanya dihargai bila kemarau dan adanya catuan. MASA dan KUALITI adalah percuma. Kerana ia percuma, tidaklah ramai yang menghargainya. Berapa orang yang sebenarnya mengisi masa yang diperuntukkan untuk menjalankan perniagaan MLM benar-benar mengisi masa tersebut? Tak ramai. Berapa orangkah yang mempunyai jadual harian untuk menjalankan perniagaan MLM dalam masa yang diperuntukkan? Tak ramai. Berapa orangkah sebenarnya yang berjaya di dalam MLM? Tak ramai. Mensia-siakan masa yang percuma bermakna mensia-siakan masa depan. Anda terpaksa “membayar” harga yang tinggi kerana mensia-siakan masa. Tidak ramai yang memikirkan dan menerapkan kualiti dalam kehidupan seharian. Tidak ramai yang bertekad untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti semasa mengusahakan MLM. Bahkan ramai yang tidak tahu apa itu sebenarnya kualiti. Bukan tak tahu tetapi tak mahu tahu. Masa dan Kualiti tak pernah kekal. Ia boleh pergi begitu sahaja jika anda tidak menghargainya. Selalunya ia disudahi dengan sesalan, jika tidak dihargai. SEBAB IA PERCUMA
Dari sumber : Razzi Armansur
http://mydesquera2u.blogspot.com/
July 07 PERUBAHAN YANG AKAN MENGUNTUNGKAN
http://www.mydesquera.com/blog
OLEH kerana tumpuan utama DESQUERA adalah pengguna dan usahawan yang bernaung bersama, maka, sejak dibuka kepada umum, DESQUERA sentiasa melakukan perubahan demi perubahan. Semua dilakukan untuk keuntungan usahawan dan pelanggan.Beberapa produk baru diperkenalkan seiring dengan pertambahan usahawan dan pengguna yang semakin mendadak. Pelan kemajuan DESQUERA sentiasa dibincangkan di kalangan lembaga pengarah demi untuk kemajuan. Tingkat atas ibu pejabat DESQUERA sedang diubahsuai untuk dijadikan dewan mesyuarat yang besar,mampu memuatkan 200 usahawan dan bakal usahawan dalam satu-satu masa. Perancangan juga sedang dilaksanakan bagi memastikan WISMA DESQUERA dibina dalam tempoh 2 tahun lagi bagi menempatkan ibu pejabat pengurusan, dewan-dewan mesyuarat, institute MLM, ruang legar, kafeteria, ruang pameran.DESQUERA yang tiba-tiba menjadi sebut-sebutan ini akan sentiasa memikirkan dan melaksanakan perubahan selagi ia membawa kebaikan dan keuntungan kepada usahawan,bakal usahawan dan pelanggan yang bernaung. SAYA dan isteri saya, Nur Haslinda seakan menentang arus bila kami berura-ura hendak menubuhkan DESQUERA WORLDWIDE. Baru saja berura-ura sudah banyak komen dan tentangan dari berbagai pihak yang negatif, terutamanya mereka yang rapat dengan kami.Bila memulakan langkah pertama mewujudkan DESQUERA, makin rancak tentangannya. Mereka lupa, saya ini bekas tentera -- segala yang teruk telah saya alami terlebih dahulu. Latihan yang saya perolehi adalah mudah sekali -- semakin ditentang semakin maju, ibarat layang-layang naik ke udara kerana menentang angin, bukan mengikut angin. DESQUERA ditubuhkan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Ia adalah global, untuk industri MLM di Malaysia khasnya. Kalau hanya memikirkan kepentingan sendiri, kami berdua lebih selesa menjadi “player” sahaja di dalam industri ini.
Kita di DESQUERA ingin membina budaya sendiri, budaya yang mungkin sedikit berbeza dari syarikat MLM lain. Dan kita begitu menyayangi industri MLM ini, mahu melihat industri ini kekal sehingga ke anak cucu. Usaha kita adalah untuk mengekalkan bukan merosakkan. Anda, siapa saja, pasti akan sentiasa menerima tentangan, halangan, kritik dan sebagainya. Hanya perlu bertanya kepada diri sendiri, “Ke mana saya akan sampai jika tunduk kepada tentangan, halangan, kritikan.”
http://www.mydesquera.com/blog
July 03 MENINGKATKAN DAYA INGATAN SECARA SEMULAJADI
Otak manusia memang luar biasa. Ia mampu mengingat dengan mudah.Cuma kadang-kadang ia “malas” untuk mengingat. Tidak ada istilah lemah ingatan, cuma “malas memgingati”. Ungkapan mengatakan, “Makin berusia, makin tajam ingatan,” sekaligus menolak anggapan bahawa makin berusia makin pelupa. Ia cuma malas, bukan pelupa. DQ MEMORY BOOSTER dapat membantu menguatkan ingatan, sangat baik untuk semua peringkat umur, membekalkan oksigen yang sangat dikehendaki oleh otak. DQ MEMORY BOOSTER ini mengandungi herba-herba pilihan yang telah dikenalpasti mampu untuk menguatkan ingatan jika diamalkan. Kandungan utama di dalam DQ MEMORY BOOSTER ialah ekstrak Kismis. Kismis sejak sekain lama dikenali sebagai makanan yang mampu menguatkan ingatan kerana ia mengandungi fiber, kalsium, karotene, zat besi, folik asid, fotasium, magnesium, lemak, fosforus, protin, zink, Vit B1, B2, B6, Vit C, galian dan vitamin yang diperlukan oleh otak. Di samping itu ia mengandungi Ekstrak Kurma, Madu, Ekstrak Zafran, Minyak Habatusaudah, Gingko Biloba, Gotu Kola, Pegaga. Meningkatkan Daya Ingatan Secara Semulajadi Buletin DESQUERA { Muka 2 }Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri -- bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10 tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan. Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih. Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkan” DESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya. Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.
Tips Menjual
Bawa sampel DQ MEMORY BOOSTER dan galakkan bakal pembeli merasai sendiri kesedapan herba ini. Beritahu ia amat sesuai untuk anak-anak yang masih bersekolah dan yang telah berusia. Tunjukkan testimoni. Terangkan tentang khasiat Kismis, Madu, Habatusauda, Gingko, Pegaga.
June 30 MASALAH BERAT BADAN
SALAH satu produk DESQUERA yang begitu laris. Permintaan untuk produk ini sentiasa berterusan kerana keberkesanannya di samping harganya yang rendah. Produk NANO DESQUERA ini dikatakan mampu untuk merawat masalah berat badan berlebihan di samping mengembalikan bentuk badan yang diidamkan jika diamalkan memakainya. Diperbuat dari fabrik lembut bermutu tinggi dan dilengkapi dengan FIR (Far Infra Red) yang berkemampuan untuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisme dan menguatkan system pertahanan badan.Dengan menggunakan teknologi Jepun, NANO DESQUERA ini juga dikatakan mampu untuk mengurangkan lemak badan, menggalakkan pembuangan toksin badan dan menggalakkan kesihatan. Ia juga dikatakan mampu merawat sakit-sakit belakang. Tidak hairanlah ia merupakan produk yang laris.
TIP MUDAH SEBELUM mengesyorkan produk ini kepada wanita, hendaklah mempelajari lebih lanjut mengenai FIR. Fakta-fakta tepat mengenai FIR itu hendaklah ditukar kepada FAEDAH. Apa FAEDAHNYA FIR tersebut kepada wanita dan bentuk badan. Bagaimana FIR dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan. Masalah berat badan memang masalah utama kebanyakan wanita di Malaysia. Kerana itu, potensi pasaran produk ini memang tidak ada sebarang masalah, asalkan mengutamakan FAEDAH dan TESTIMONI untuk produk ini. Sentiasa bawa sampel produk ini bila menjualnya. Galakkan bakal pelanggan merasai sendiri kelebutan kain NANO DESQUERA ini. Bila bakal pembeli menunjukkan minat hendaklah menerangkan faedah produk laris ini.
June 18 KISAH GAGAK YANG TERPEDAYA
Pada suatu hari sedang burung gagak mencari makan di atas tanah terlihatlah ia seekor ayam yang juga sedang mencari makan di atas tanah. Gagak mendekatinya dan bertanya, “Dah lama aku perhatikan kamu. Sebenarnya aku teringin nak berjalan seperti kamu. Aku tak suka cara aku berjalan ini. Berjingkit-jingkit.” Ayam setuju untuk mengajar. Selama beberapa hari gagak belajar berjalan seperti ayam. Genap seminggu ia belajar, sudah mula putus asa. “Ayam, rasa tak bolehlah. Tak menjadi usaha kita.” Sebenarnya Si Gagak sudah tertarik dengan cara Ayam Belanda berjalan yang kelihatan lebih tenang. Setelah menyatakan hasratnya, Si Gagak pun belajar selama seminggu. “Terima kasih. Cukuplah sampai di sini. Tak berhasil nampaknya usaha saya ini.” Kata Si Gagak. Si Gagak tertarik pula dengan cara burung Merak berjalan yang begitu anggun dan sopan. Seperti sebelumnya Si Gagak pun belajar dengan tekun hanya pada mula-mula sebelum mula berputus asa, “Nampaknya aku akan kekal berjalan seperti burung gagak. Sudah 3 guru mengajarku, namun masih gagal.” Gagak pun terbang kembali kepada keluarga gagak . Keluarga gagak yang besar itu memandang pelik kepada Si Gagak. Mereka kemudian menghalau Si Gagak keluar dari kumpulan kerana Si Gagak itu berjalan tidak seperti burung gagak sebaliknya gabungan cara berjalan gagak, ayam, ayam belanda, burung merak.
Moral: Anda boleh kehilangan identiti sendiri jika mudah terpedaya. Kesetiaan akan lebih menyerlahkan potensi.
June 11 KISAH BELALANG YANG SOMBONG
MUSIM mewah di sebuah padang, belalang sedang makan dengan rakusnya. Belum pun habis makanan tersebut, Belalang sudah membuangnya dan mengambil yang lain. Berulang-ulang kali ia melakukan begitu. Tak jauh dari situ sekumpulan semut mengutip sisa buangan Belalang. Mereka sangat gembira mendapat makanan yang banyak itu. Sebahagiannya dimakan dan selebihnya diusung ke dalam sarang mereka. Belalang sudah lama memerhatikan lalu bertanya, “Kamu nak buat apa usung sisa tu ke sarang?” “Kami nak simpan.” Jawab semut. “Sisa makanan pun kamu nak simpan?” Ejek Belalang. Semut diam saja dan meneruskan kerja mereka mengusung makanan ke dalam sarang. “Apalah kamu ni. Nak simpan buat apa, menyusahkan saja. Banyak lagi makanan, tak payah susahkan diri nak simpan.” Belalang berkata sambil ketawa. Tak lama lepas itu tiba musim tengkujuh. Hujan turun berlarutan menyebabkan Belalang tak dapat keluar mencari makanan selama berhari-hari. Akhirnya Belalang mati kelaparan. Semut-semut hidup dengan sihat dan dapat makan seperti biasa hasil susah payah mereka menyimpan.
Moral: Tak rugi berjimat cermat dan menyimpan sedikit terutama ketika musim mewah. Berapa orang warga MLM yang mempunyai habit suka menyimpan? Hampir tiada langsung!
June 02 KALAU NAK CEPAT
SEJAK dulu lagi tak henti-henti saya menyeru mengatakan bahawa MLM adalah sama saja dengan perniagaan lain. Ia memakan masa untuk dibina. Misi anda ialah membina dan ia memerlukan kesabaran kerana tidak ada yang segera dalam pembinaan.Yang nak cepat, yang tidak sabar, sebagaimana biasa akan terkeluar dari perniagaan.Dan sejak dulu lagi saya perhatikan ramai yang tidak sabar, nak cepat, nak kaya cepat di dalam MLM. Sebab itulah anda tak perlu hairan bila melihat lebih ramai yang kecewa,yang gagal di dalam industri ini, kerana memang tidak ada yang cepat di dalam MLM.Baru-baru ini saya bertemu beberapa rakan-rakan jutawan yang memperolehi kekayaan hasil dari mengusahakan MLM. Kemudian saya bandingkan dengan usahawan-usahawan perniagaan lain. Memang benar, ada persamaan. Kebanyakan mereka yang bergelar jutawan itu mengusahakan MLM sudah melebihi 10 tahun. Mereka membina asas yang kukuh, setingkat demi setingkat.Pengakhiran sama penting dengan permulaan. Jangan mulakan MLM dengan harapan untuk mendapat kekayaan, kejayaan segera. Pasti anda tidak akan menemuinya.
Sumber dari : RAZZI ARMANSUR
May 20 JANGAN ANGGAP DIRI KERDILApa yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya, jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza. Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang. Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihan ini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada kegagalan. Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam saya akan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang menjadi idaman. Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja! May 14 GABUNGAN BARU DAN KLASIK BILA baru dan klasik digabungkan ia menghasilkan kombinasi yang mantap dan memberi faedah maksimum. Itulah yang terjadi kepada gabungan buku baru SENTUHAN EMAS, karya Pengarah Urusan DESQUERA, Idris Mohd Said, digabungkan dengan buku klasik MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM oleh Razzi Armansur. Gabungan yang lama dinantikan ini akhirnya selamat dilancarkan pada pertengahan bulan Februari 2005. Dalam masa yang agak singkat kedua-dua
buku ini telah hampir kehabisan stok iaitu : SENTUHAN EMAS: Apa yang anda anganangankan selama ini, keinginan anda memiliki sentuhan emas -- apa saja yang disentuh menjadi emas, mendatangkan kejayaan gemilang, dijelaskan dengan tepat cara dan panduannya di dalam buku hebat ini!
MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM: Tidak perlu sebarang ulasan untuk buku klasik ini. Sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1993, buku ini telah puluhan kali diulang cetak. Telah disahkan, inilah juga satu-satunya buku perniagaan yang paling banyak dicetak rompak!
Sumber dari : Razzi Armansur May 10 FAEDAH DARI BEKAS AIR BOCOR Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untuk menampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai, buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia menyedari sesuatu. Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong. MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang tersembunyi.
MUTIARA KATA :
Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali Karamullah] Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda [Kata Bijaksana]
May 05 DUNIA DESQUERA DUNIA MLM di Malaysia nampaknya kini semakin berwarna-warni, semakin mantap dengan kemunculan DESQUERA sejak Januari 2002. Sejak kelahirannya,syarikat MLM yang “muda”ini sudah mampu bersaing seiringan dengan syarikat syarikat MLM yang sudah “dewasa.”DESQUERA bukan hendak bertanding sebaliknya hanya ingin berkongsi pasaran industri jualan langsung yang begitu pesat berkembang di Malaysia. DESQUERA juga berhasrat untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.Sebagaimana lazimnya, industri yang maju dan pesat pasti agak sengit persaingannya.DESQUERA berhasrat meletakkan diri untuk turut sama bersaing secara sihat di dalam industri MLM ini.
DESQUERA percaya dalam masa terdekat ini akan berada sebaris dengan syarikat syarikat MLM yang terawal.Melalui pengalaman peneraju-peneraju DESQUERA,kini syarikat MLM “muda,bertenaga, kreatif” ini sudah bersedia untuk turut sama mencorakkan industri MLM di Malaysia,Nusantara dan dunia. MUTIARA KATA:
Kualiti adalah seperti masa.Ia percuma dan akan kekal percuma. Tetapi begitulah selalunya, sesuatu yang percuma memang kurang atau tidak dihargai. April 30 DESQUERA TERUS MEMASARKAN ILMU SELANGKAH atau beberapa langkah di hadapan. DESQUERA sekali lagi menjadi syarikat MLM pertama di Malaysia yang menjadikan ilmu sebagai produk utama.Walaupun langkah ini mendapat kritikan, namun hasilnya amat menakjubkan. DESQUERA telah pun memasarkan buku SENTUHAN EMAS dan MEMBINA
MASA DEPAN MELALUI MLM dengan jayanya. DESQUERA percaya, ilmu sememangnya boleh dijadikan produk utama dan berazam untuk menerbitkan puluhan judul buku lagi dalam masa terdekat. SUASANA DI HQ SETIAP HARI SETIAP hari terutamanya pada sebelah malam, ibu pejabat DESQUERA sentiasa sibuk. Usahawan DESQUERA datang ke sini sama ada hendak bermesyuarat, memesan produk, menyemak pencapaian bonus, membuat perancangan dan sebagainya. Suasana meriah begitu sukar untuk dilihat pada syarikat-syarikat MLM yang
baru saja beroperasi. Mereka yang datang terdiri dari berbagai lapisan. Ada yang baru saja mengenali MLM dan ada yang telah sekian lama berkecimpung di dalam MLM. April 26 BUKAN KOPI BIASA TIDAK pasti kopi manakah yang akan dibeli kerana ada berbagai-bagai adunan kopi di pasaran?Sesuaikah ia untuk anda? Apa kandungannya? Yang penting, apa khasiatnya?Memperkenalkan Kopi Guarana keluaran DESQUERA. Bukan sekadar kopi biasa. Rasanya memikat penggemar kopi; bukan penggemar pula terpikat dengan rasa, aroma yang begitu harum menyegarkan! Khasiatnya? Kopi ini mengandungi khasiat Guarana, buah yang berkurun tumbuh liar di Amazon. Banyak khasiat khusus dalam kopi ini. Jadi, anda bukan sahaja mendapat kopi yang sedap, enak, menyegarkan dalam aroma yang menggiurkan bahkan anda meminum kopi berkhasiat tinggi. Tepatlah -- bukan kopi biasa. Secara tiba-tiba, Kopi Guarana ini mendapat sambutan yang begitu mendadak. Tentu ada sebab mengapa kopi ini kini menjadi sebut-sebutan.
MEMPERKENALKAN produk ini adalah mudah kerana rata-rata penduduk Malaysia adalah penggemar kopi. Bawa sekotak Kopi Guarana ke mana sahaja, terutamanya bila minum di kedai kopi. Minta hanya air panas dan bancuhlah kopi Guarana di hadapan rakan-rakan.Letakkan kotak di atas meja.Aroma dari Kopi Guarana tersebut menimbulkan tanda tanya. Jangan lupa juga memperkenalkan Kopi Guarana kepada pekedai di tempat anda minum itu.
Antara khasiat Kopi Guarana:
>> Menyegarkan
>> Menambah Tenaga >> Mempercepatkan Proses Berfikir >> Menahan Selera >> Mengindarkan Kelesuan April 17 Malam Gemilang Warga DesqueraMalam Gemilang Warga Desquera &
Pelancaran Skim Menambah Pendapatan Usahawan Tekun Nasional
Disempurnakan oleh : Dato'Noh Bin Haji Omar
(Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
Dengan kerjasama: - Yayasan TEKUN Nasional
- Maybank
- Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Tarikh: 26 April 2008 Masa : 8.00 malam
Nota: Bayaran RM100 dikenakan untuk setiap individu yang ingin hadir.Bagi warga MyDesquera sila dapatkan tiket di member area. April 16 BUAT ? BUAT APA? SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, “Buat apa sekarang?”atau “Masih buat X?” Pertanyaan itu seolah-olah mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah, atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula terdengar pertanyaan, “Masih jadi doktor?” atau “Doktor apa sekarang? Doktor ayam?”
Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, “Masih buat syarikat X?” atau “Masih buat MLM?” Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa? Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara? Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil? Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain sarkis. Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan ‘pemain sarkis’. SUMBER >> RAZZI ARMANSUR
April 14 BEKERJA RAPAT DALAM setiap ceramah saya, akan saya memperingatkan diri saya sendiri dan usahawan usahawan DESQUERA supaya bekerja rapat antara penaja dengan tajaan. Penaja dan tajaan adalah ibarat rakan kongsi yang menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Perlu diingat, banyak perniagaan yang maju dengan berkat kerjasama rakan kongsi. Jangan juga lupa, begitu banyak perniagaan yang berkecai kerana rakan kongsi. Memang, perkongsian ada kebaikan dan keburukan. Kita cari kebaikannya dan sentiasa berwaspada dengan keburukan yang ada bersama kebaikan.
Dengan itu jangan sekali-kali menganggap penaja dan tajaan sebagai “orang bawah, orang atas”. Anggap sebagai rakan kongsi yang bersama sama mencorakkan perniagaan, bekerjasama untuk kejayaan bersama. Selain dari itu, amat penting sekali perasaan saling hormat menghormati untuk mengekalkan keharmonian usahasama rakan kongsi tersebut. Kata bijaksana, “Dua kepala lebih baik dari satu.” Kata-kata ini benar jika ditambah, “hanya jika harmoni.” Tanpa keharmonian tak akan rakan kongsi dapat bekerja rapat sebaliknya boleh mencipta suasana permusuhan. Dengan harmoni, barulah dapat bekerjasama, bekerja dengan rapat, saling bantu-membantu yang akhirnya menghasilkan kejayaan yang berpanjangan. Bukankah itu tujuan anda menyertai DESQUERA?Saling memerlukan, itulah sebenarnya rahsia untuk harmoni, kerjasama dan kejayaan. Ada perasaan memerlukan kehadiran rakan kongsi anda untuk sama-sama membina kejayaan bersama DESQUERA. Tidak ada kejayaan individu di dunia ini. Anda sentiasa memerlukan manusia lain untuk menjana kejayaan. Anda perlu bekerja rapat dengan rakan kongsi anda. Idris Mohd Said Pengarah Urusan DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD April 08 BAGAIMANA MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA
Benarkah anda menjadi warga DESQUERA tanpa sebarang tujuan dan matlamat? Tidak benar sama sekali. Anda menyertai DESQUERA bersebab. Sama ada untuk menjadi pengguna atau usahawan atau kedua-duanya serentak. Sekiranya anda menyertai DESQUERA sebagai usahawan, tentu anda mempunyai matlamat tersendiri.Bagaimana cara mencapai matlamat tersebut? Apa keperluan untuk mencapainya? Bagaimana cara untuk mencapai semua faedah-faedah dan peringkat-peringkat di dalam DESQUERA tersedia di dalam buku khas MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA.
Buku kecil ini semestinya dimiliki segera oleh setiap warga DESQUERA yang bercita-cita untuk mencapai semua faedah-faedah besar yang disediakan oleh DESQUERA. Buku panduan ini lebih kepada perancangan dan cara untuk mencapai apa yang dikehendaki. Ia perlu diisi sendiri oleh warga DESQUERA dan kemudian disemak sejauh mana pencapaian. Menyemak juga dapat mengenal pasti sama ada menjauhi atau mendekati matlamat. Jadi, buku ini membantu anda mencapai matlamat lebih sistematik dan lebih pasti.
Dapatkan buku kecil ini sekarang! Cetakan sangat terhad. Jangan hanya dapat penat sahaja. Usaha anda di dalam DESQUERA adalah untuk meraih kesemua faedah-faedah besar di dalamnya. Buku kecil ini (hanya setebal 30 mukasurat) dapat mengelakkan anda dari hanya mendapat penat sahaja; berusaha bertahun-tahun di dalam MLM tetapi masih tidak tahu arah dan tujuan yang hendak dicapai. Buku ini boleh diibaratkan peta yang boleh memandu dan menunjuk ke mana arah yang hendak dituju.
April 04 News Updated!New!Kursus Pra-Ahli dan Ahli Baru
Sering gagal dalam perniagaan? Kini peluang untuk berjaya.
Kami menyediakan kursus teori dan praktikal supaya anda akan menimba ilmu dan pengalaman dalam masa 24 jam.
Pasti anda akan berjaya dengan teknik yang mudah dan berkesan ini.
Pinjaman dari Tekun Nasional akan diuruskan serta merta bagi peserta kursus yang layak.
Tempat: Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor Bahru
Tarikh: 26 April – 27 April 2008
Pendaftaran: 26 April 2008 jam 1.00 t/hari
Bayaran: RM 100 (Ahli), RM 120 (Bukan ahli)
(Bayaran termasuk penginapan dan makan)
Tarikh tutup: 15 April 2008
Tempat adalah terhad.
Siapa cepat dia dapat.
Jika berminat, sila hubungi segera :
En. Mohd. Azhar : 019-7043707
------------------------------------------------- New!Malam Impian Emas Tarikh : 26 April 2008
Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor Bahru
Masa : 8.30 malam
Cabutan Bertuah disediakan.
Hadiah Utama:
Penginapan 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang diHotel Selesa, Pasir Gudang
Tempat adalah terhad.
Untuk tempahan dan pra-daftar, sila hubungi segera :
En. Mohd. Azhar : 019 – 7043707
Puan Siti Idah : 019 – 7744779
En. Arman : 012 – 7679508
Puan Zuraida : 017 – 7576887
|
|
|