mydesquera's profileDesquera2uPhotosBlogListsMore Tools Help

Blog


    December 16

    SUPER DETOX PRODUK TERBAIK UNTUK BERHENTI MEROKOK

    Apabila anda membuat keputusan untuk berhentimerokok, atau cuba untuk mengelakkan diri dari ketagihan nikotin, dadah, arak dan pil-pil khayal, ia adalah satu langkah yang tepat dan usaha yang murni dalam mempertingkatkan sahsiah diri. Kerana melibatkan diri dalam aktiviti yang membabitkan rokok, dadah, arak dan pil-pil khayal bukanlah tabiat yang baik, malah ia memberi kesan buruk kepada individu itu. Ia juga tidak pernah memberi sebarang faedah kepada kita. Jika ditanya alasan mengapa mereka mengambil rokok, dadah, arak dan pil-pil khayal? Kebanyakan jawapan yang diberikan adalah seperti untuk menghilangkan tekanan, untuk merehatkan minda, dan bermacam-macam lagi. Boleh dikatakan semua jawapan itu tidak masuk akal.

     Jika ditanya kepada individu itu sendiri, adakah merokok, mengambil dadah dan pil-pil khayal serta minum arak itu merupakan gejala negatif atau positif? Sudah pasti mereka sendiri tahu untuk mengkategorikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti negatif yang membawa kesan buruk kepada masayarakat. Jadi bolehkah aktiviti negatif itu menjadi jalan keluar kepada masalah-masalah yang lain? Sudah pasti jawapannya “Tidak”. Sedangkan dari segi logiknya 1+1=2. Jadi masalah + masalah… jawapannya ada dengan anda.

     Bukankah setiap masalah itu ada jalan keluar? Mengapa ia perlu diselesaikan dengan masalah yang lain? Ini bermakna dengan mengambil rokok, dadah, pil-pil khayal dan arak untuk dijadikan jalan keluar kepada tekanan hidup, tekanan kerja dan kerunsingan fikiran akan menambahkan lagi masalah kepada kita. Adalah lebih baik jika kita menjauhkan diri kita dari masalah yang menjadi punca masalah untuk kita.

     

    http://www.mydesquera.com/