mydesquera's profileDesquera2uPhotosBlogListsMore Tools Help

Blog


    June 30

    MASALAH BERAT BADAN

     


    http://mydesquera2u.blogspot.com/

     

                SALAH satu produk DESQUERA yang begitu laris. Permintaan untuk produk ini sentiasa berterusan kerana keberkesanannya di samping harganya yang rendah. Produk NANO DESQUERA ini dikatakan mampu untuk merawat masalah berat badan berlebihan di samping mengembalikan bentuk badan yang diidamkan jika diamalkan memakainya.

                Diperbuat dari fabrik lembut bermutu tinggi dan dilengkapi dengan FIR (Far Infra Red) yang berkemampuan untuk melancarkan perjalanan darah, meningkatkan metabolisme dan menguatkan system pertahanan badan.Dengan menggunakan teknologi Jepun, NANO DESQUERA ini juga dikatakan mampu untuk mengurangkan lemak badan, menggalakkan pembuangan toksin badan dan menggalakkan kesihatan. Ia juga dikatakan mampu merawat sakit-sakit belakang.

                 Tidak hairanlah ia merupakan produk yang laris.

     

    TIP MUDAH

                SEBELUM mengesyorkan produk ini kepada wanita, hendaklah mempelajari lebih lanjut mengenai FIR. Fakta-fakta tepat mengenai FIR itu hendaklah ditukar kepada FAEDAH. Apa FAEDAHNYA FIR tersebut kepada wanita dan bentuk badan. Bagaimana FIR dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengembalikan bentuk badan.

               Masalah berat badan memang masalah utama kebanyakan wanita di Malaysia. Kerana itu, potensi pasaran produk ini memang tidak ada sebarang masalah, asalkan mengutamakan FAEDAH dan TESTIMONI untuk produk ini.

               Sentiasa bawa sampel produk ini bila menjualnya. Galakkan bakal pelanggan merasai sendiri kelebutan kain NANO DESQUERA ini. Bila bakal pembeli menunjukkan minat hendaklah menerangkan faedah produk laris ini.

     

     
    http://mydesquera2u.blogspot.com/

    June 18

    KISAH GAGAK YANG TERPEDAYA


    http://www.impianwarisan.com

     

                 Pada suatu hari sedang burung gagak mencari makan di atas tanah terlihatlah ia seekor ayam yang juga sedang mencari makan di atas tanah. Gagak mendekatinya dan bertanya, “Dah lama aku perhatikan kamu. Sebenarnya aku teringin nak berjalan seperti kamu. Aku tak suka cara aku berjalan ini. Berjingkit-jingkit.” Ayam setuju untuk mengajar. Selama beberapa hari gagak belajar berjalan seperti ayam. Genap seminggu ia belajar, sudah mula putus asa. “Ayam, rasa tak bolehlah. Tak menjadi usaha kita.”

                   Sebenarnya Si Gagak sudah tertarik dengan cara Ayam Belanda berjalan yang kelihatan lebih tenang. Setelah menyatakan hasratnya, Si Gagak pun belajar selama seminggu. “Terima kasih. Cukuplah sampai di sini. Tak berhasil nampaknya usaha saya ini.” Kata Si Gagak. Si Gagak tertarik pula dengan cara burung Merak berjalan yang begitu anggun dan sopan. Seperti sebelumnya Si Gagak pun belajar dengan tekun hanya pada mula-mula sebelum mula berputus asa, “Nampaknya aku akan kekal berjalan seperti burung gagak. Sudah 3 guru mengajarku, namun masih gagal.”

                   Gagak pun terbang kembali kepada keluarga gagak . Keluarga gagak yang besar itu memandang pelik kepada Si Gagak. Mereka kemudian menghalau Si Gagak keluar dari kumpulan kerana Si Gagak itu berjalan tidak seperti burung gagak sebaliknya gabungan cara berjalan gagak, ayam, ayam belanda, burung merak.

     

    Moral: Anda boleh kehilangan identiti sendiri jika mudah terpedaya. Kesetiaan akan lebih menyerlahkan potensi.

     

     
    http://www.impianwarisan.com

     

    June 11

    KISAH BELALANG YANG SOMBONG

     

     http://www.impianwarisan.com

     

                  MUSIM mewah di sebuah padang, belalang sedang makan dengan rakusnya. Belum pun habis makanan tersebut, Belalang sudah membuangnya dan mengambil yang lain. Berulang-ulang kali ia melakukan begitu. Tak jauh dari situ sekumpulan semut mengutip sisa buangan Belalang. Mereka sangat gembira mendapat makanan yang

    banyak itu. Sebahagiannya dimakan dan selebihnya diusung ke dalam sarang mereka.

                   Belalang sudah lama memerhatikan lalu bertanya, “Kamu nak buat apa usung sisa tu ke sarang?” “Kami nak simpan.” Jawab semut. “Sisa makanan pun kamu nak simpan?” Ejek Belalang. Semut diam saja dan meneruskan kerja mereka mengusung makanan ke dalam sarang. “Apalah kamu ni. Nak simpan buat apa, menyusahkan saja. Banyak lagi makanan, tak payah susahkan diri nak simpan.” Belalang berkata sambil ketawa.

                 Tak lama lepas itu tiba musim tengkujuh. Hujan turun berlarutan menyebabkan Belalang tak dapat keluar mencari makanan selama berhari-hari. Akhirnya Belalang mati kelaparan. Semut-semut hidup dengan sihat dan dapat makan seperti biasa hasil susah payah mereka menyimpan.

     

     

    Moral: Tak rugi berjimat cermat dan menyimpan sedikit terutama ketika musim mewah. Berapa orang warga MLM yang mempunyai habit suka menyimpan? Hampir tiada langsung!

     

     http://www.impianwarisan.com

     

     

     

     

    June 02

    KALAU NAK CEPAT

    http://www.impianwarisan.com

     

                SEJAK dulu lagi tak henti-henti saya menyeru mengatakan bahawa MLM adalah sama saja dengan perniagaan lain. Ia memakan masa untuk dibina. Misi anda ialah membina dan ia memerlukan kesabaran kerana tidak ada yang segera dalam pembinaan.Yang nak cepat, yang tidak sabar, sebagaimana biasa akan terkeluar dari perniagaan.Dan sejak dulu lagi saya perhatikan ramai yang tidak sabar, nak cepat, nak kaya cepat di dalam MLM. Sebab itulah anda tak perlu hairan bila melihat lebih ramai yang kecewa,yang gagal di dalam industri ini, kerana memang tidak ada yang cepat di dalam MLM.Baru-baru ini saya bertemu beberapa rakan-rakan jutawan yang memperolehi kekayaan hasil dari mengusahakan MLM. Kemudian saya bandingkan dengan usahawan-usahawan perniagaan lain.

               Memang benar, ada persamaan. Kebanyakan mereka yang bergelar jutawan itu mengusahakan MLM sudah melebihi 10 tahun. Mereka membina asas yang kukuh, setingkat demi setingkat.Pengakhiran sama penting dengan permulaan. Jangan mulakan MLM dengan harapan untuk mendapat kekayaan, kejayaan segera. Pasti anda tidak akan menemuinya.

     

     

                                                                                                                                                                                   Sumber dari :  RAZZI ARMANSUR

     http://www.impianwarisan.com