mydesquera 的个人资料Desquera2u照片日志列表更多 ![]() | 帮助 |
|
|
5月20日 JANGAN ANGGAP DIRI KERDILApa yang kita fikir tentang diri sendiri amat penting. Lebih penting dari hakikat sebenar. Jika misalnya, saat ini anda belum berjaya, jangan anggap anda tidak berjaya. Belum dengan tidak adalah berbeza. Semuanya bergantung kepada anggapan. Jangan sekali-kali menganggap diri kita kerdil, lemah, tak mampu mencipta kejayaan. Terlalu banyak bukti-bukti bahawa kita ini adalah insan pilihan. Kita adalah manusia yang besar, hebat, berpotensi tinggi. Hanya kerana anggapan terhadap diri sendiri, menjadikan kita berasakan diri kita kerdil dan seterusnya percaya kita tak akan berjaya dalam apa saja bidang. Bukan maksud kita untuk meninggi atau bermegah. Itu dilarang dalam Islam. Tetapi, kalau kita menganggap diri kita ini kerdil dan tidak mampu, itu maknanya mensia-siakan anugerah Allah SWT. Kita manusia diberi kehebatan diri yang sangat hebat! Kita adalah sebaik-baik makhluk dan semestinya menggunakan kelebihan ini untuk membina kejayaan cemerlang, bukan menjuruskan diri kepada kegagalan. Saya manusia besar, anda manusia besar yang harus malu pada diri sendiri jika kehebatan dan kebesaran diri itu digunakan untuk meneroka kegagalan. Sia-sia saja Allah SWT menjadikan diri kita ini manusia serba hebat, serba besar. Inilah yang akan saya serapkan dalam latihan atau seminar AKTIFKAN BIG-i. Selama 1 jam saya akan menjelaskan dengan tepat fungsi minda bawah sedar, minda sedar dan fizikal juga bagaimana menggabungkan ketiga-tiganya untuk mengaktifkan kekuatan, kebesaran diri bagi mencapai apa saja kejayaan yang menjadi idaman. Mahukah anda menghadirkan diri? Hanya 1 jam sahaja! 5月14日 GABUNGAN BARU DAN KLASIK BILA baru dan klasik digabungkan ia menghasilkan kombinasi yang mantap dan memberi faedah maksimum. Itulah yang terjadi kepada gabungan buku baru SENTUHAN EMAS, karya Pengarah Urusan DESQUERA, Idris Mohd Said, digabungkan dengan buku klasik MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM oleh Razzi Armansur. Gabungan yang lama dinantikan ini akhirnya selamat dilancarkan pada pertengahan bulan Februari 2005. Dalam masa yang agak singkat kedua-dua
buku ini telah hampir kehabisan stok iaitu : SENTUHAN EMAS: Apa yang anda anganangankan selama ini, keinginan anda memiliki sentuhan emas -- apa saja yang disentuh menjadi emas, mendatangkan kejayaan gemilang, dijelaskan dengan tepat cara dan panduannya di dalam buku hebat ini!
MEMBINA MASA DEPAN MELALUI MLM: Tidak perlu sebarang ulasan untuk buku klasik ini. Sejak pertama kali diterbitkan pada tahun 1993, buku ini telah puluhan kali diulang cetak. Telah disahkan, inilah juga satu-satunya buku perniagaan yang paling banyak dicetak rompak!
Sumber dari : Razzi Armansur 5月10日 FAEDAH DARI BEKAS AIR BOCOR Sudah bertahun tukang kebun itu mengandar bekas air di kanan kiri bahunya menggunakan kayu, melalui lorong yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dikanan kiri lorong. Saban pagi tukang kebun itu akan melalui lorong itu setelah mengambil air dari sungai yang berhampiran untuk dibawa masuk ke dalam rumah tuannya.
Salah satu bekas air yang besar dan berat itu telah lama bocor, akan tetapi tukang kebun itu asyik terlupa saja untuk menampalnya. “Ah kecil saja bocor ini. Nanti bila dah tak boleh pakai, buang sajalah. Sementara ini pakailah terus.” Kata tukang kebun itu.Bocor tersebut makin lama makin besar. Tukang kebun itu baru saja hendak bersuara meminta bekas air yang baru dari tuannya, barulah dia menyedari sesuatu. Barulah pada hari tersebut tukang kebun itu menyedari pokok-pokok bunga di kanan kiri lorong lebih subur, lebih menghijau berbanding tahun lepas. Lama dia memikirkan sebabnya barulah menyedari air yang mengalir keluar akibat kebocoran bekas air telah menyirami pokok-pokok bunga di kanan dan kiri lorong. MORAL: Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Manusia yang zahirnya dianggap kurang, tidak berguna, tetap ada kelebihan yang tersembunyi.
MUTIARA KATA :
Jangan tunggu esok, jika boleh dibuat pada hari ini. [Saidina Ali Karamullah] Dengan siapa anda bergaul sekarang , itulah gambaran masa depan anda [Kata Bijaksana]
5月5日 DUNIA DESQUERA DUNIA MLM di Malaysia nampaknya kini semakin berwarna-warni, semakin mantap dengan kemunculan DESQUERA sejak Januari 2002. Sejak kelahirannya,syarikat MLM yang “muda”ini sudah mampu bersaing seiringan dengan syarikat syarikat MLM yang sudah “dewasa.”DESQUERA bukan hendak bertanding sebaliknya hanya ingin berkongsi pasaran industri jualan langsung yang begitu pesat berkembang di Malaysia. DESQUERA juga berhasrat untuk menyumbang kepada perkembangan ekonomi Malaysia.Sebagaimana lazimnya, industri yang maju dan pesat pasti agak sengit persaingannya.DESQUERA berhasrat meletakkan diri untuk turut sama bersaing secara sihat di dalam industri MLM ini.
DESQUERA percaya dalam masa terdekat ini akan berada sebaris dengan syarikat syarikat MLM yang terawal.Melalui pengalaman peneraju-peneraju DESQUERA,kini syarikat MLM “muda,bertenaga, kreatif” ini sudah bersedia untuk turut sama mencorakkan industri MLM di Malaysia,Nusantara dan dunia. MUTIARA KATA:
Kualiti adalah seperti masa.Ia percuma dan akan kekal percuma. Tetapi begitulah selalunya, sesuatu yang percuma memang kurang atau tidak dihargai. |
|
|