mydesquera 的个人资料Desquera2u照片日志列表更多 工具 帮助

日志


4月30日

DESQUERA TERUS MEMASARKAN ILMU

 
        SELANGKAH atau beberapa langkah di hadapan. DESQUERA sekali lagi menjadi syarikat MLM pertama di Malaysia yang menjadikan ilmu sebagai produk utama.Walaupun langkah ini mendapat kritikan, namun hasilnya amat menakjubkan. DESQUERA telah pun memasarkan buku SENTUHAN EMAS dan MEMBINA
MASA DEPAN MELALUI MLM dengan jayanya.
        DESQUERA percaya, ilmu sememangnya boleh dijadikan produk utama dan berazam untuk menerbitkan puluhan judul buku lagi dalam masa terdekat.

SUASANA DI HQ  SETIAP HARI
 
          SETIAP hari terutamanya pada sebelah malam, ibu pejabat DESQUERA sentiasa sibuk. Usahawan DESQUERA datang ke sini sama ada hendak bermesyuarat, memesan produk, menyemak pencapaian bonus, membuat perancangan dan sebagainya. Suasana meriah begitu sukar untuk dilihat pada syarikat-syarikat MLM yang
baru saja beroperasi. Mereka yang datang terdiri dari berbagai lapisan. Ada yang baru saja mengenali MLM dan ada yang telah sekian lama berkecimpung di dalam MLM.
 
 
4月26日

BUKAN KOPI BIASA

http://www.impianwarisan.com
          
       TIDAK pasti kopi manakah yang akan dibeli kerana ada berbagai-bagai adunan kopi di pasaran?Sesuaikah ia untuk anda? Apa kandungannya? Yang penting, apa khasiatnya?Memperkenalkan Kopi Guarana keluaran DESQUERA. Bukan sekadar kopi biasa. Rasanya memikat penggemar kopi; bukan penggemar pula terpikat dengan rasa, aroma yang begitu harum menyegarkan! Khasiatnya? Kopi ini mengandungi khasiat Guarana, buah yang berkurun tumbuh liar di Amazon. Banyak khasiat khusus dalam kopi ini. Jadi, anda bukan sahaja mendapat kopi yang sedap, enak, menyegarkan dalam aroma yang menggiurkan bahkan anda meminum kopi berkhasiat tinggi. Tepatlah -- bukan kopi biasa. Secara tiba-tiba, Kopi Guarana ini mendapat sambutan yang begitu mendadak. Tentu ada sebab mengapa kopi ini kini menjadi sebut-sebutan.
      MEMPERKENALKAN produk ini adalah mudah kerana rata-rata penduduk Malaysia adalah penggemar kopi. Bawa sekotak Kopi Guarana ke mana sahaja, terutamanya bila minum di kedai kopi. Minta hanya air panas dan bancuhlah kopi Guarana di hadapan rakan-rakan.Letakkan kotak di atas meja.Aroma dari Kopi Guarana tersebut menimbulkan tanda tanya. Jangan lupa juga memperkenalkan Kopi Guarana kepada pekedai di tempat anda minum itu.
 
Antara khasiat Kopi Guarana:
>> Menyegarkan
>> Menambah Tenaga
>> Mempercepatkan Proses Berfikir
>> Menahan Selera
>> Mengindarkan Kelesuan
 
 
4月17日

Malam Gemilang Warga Desquera

 
Malam Gemilang Warga Desquera &
Pelancaran Skim Menambah Pendapatan Usahawan Tekun Nasional

Disempurnakan oleh :
Dato'Noh Bin Haji Omar
(Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)

Dengan kerjasama:
- Yayasan TEKUN Nasional
- Maybank
- Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi

Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Tarikh: 26 April 2008 Masa : 8.00 malam

Nota: Bayaran RM100 dikenakan untuk setiap individu yang ingin hadir.Bagi warga MyDesquera sila dapatkan tiket di member area.
 
4月16日

BUAT ? BUAT APA?

 
           SAYA tak tahu sama ada anda kerap mengalaminya. Bila bertemu kawan lama, pertanyaan yang lazim ialah, “Buat apa sekarang?”atau “Masih buat X?” Pertanyaan itu seolah-olah mempertikaikan pekerjaan kita sekarang, atau mungkin memandang rendah, atau menganggap pekerjaan kita tidak stabil, boleh bertukar-tukar.Yang peliknya, bila bertemu doktor, guru atau kerani misalnya, tidak pula terdengar pertanyaan, “Masih jadi doktor?” atau “Doktor apa sekarang? Doktor ayam?”
           Dan pertanyaan seumpamanya memang begitu galak sekali di dalam MLM. Soalan lazim dan hampir kepada wajib, “Masih buat syarikat X?” atau “Masih buat MLM?” Biasa ditanya begitu? Soalnya mengapa? Mengapa seolah-olah MLM ini dianggap sebagai usaha yang sementara? Seolah-olah usaha MLM ini tidak pernah stabil?
            Seandainya, sejak dulu lagi mereka yang mengusahakan MLM tidak hanya memfokus kepada wang; seandainya MLM tidak hanya dikaitkan dengan ceramah Motivasi, seandainya mengusahakan MLM sama seperti mengusahakan perniagaan lain, beretika -- pasti tidak akan ada pertanyaan yang mempertikaikan itu.Bukankah sekarang masanya kita mengubah cara dan budaya kita untuk generasi akan datang, untuk industri ini keseluruhannya. Sekaranglah masanya untuk menjadi USAHAWAN MLM YANG CEMERLANG, bukan pemain
sarkis.
           Ada perbezaan yang amat ketara antara Usahawan MLM dengan ‘pemain sarkis’.
 
                                                                                                                                                                                             SUMBER >> RAZZI ARMANSUR
 

 
4月14日

BEKERJA RAPAT

 
 
         DALAM setiap ceramah saya, akan saya memperingatkan diri saya sendiri dan usahawan usahawan DESQUERA supaya bekerja rapat antara penaja dengan tajaan. Penaja dan tajaan adalah ibarat rakan kongsi yang menentukan perjalanan sesebuah perniagaan. Perlu diingat, banyak perniagaan yang maju dengan berkat kerjasama rakan kongsi. Jangan juga lupa, begitu banyak perniagaan yang berkecai kerana rakan kongsi. Memang, perkongsian ada kebaikan dan keburukan. Kita cari kebaikannya dan sentiasa berwaspada dengan keburukan yang ada bersama kebaikan.
         Dengan itu jangan sekali-kali menganggap penaja dan tajaan sebagai “orang bawah, orang atas”. Anggap sebagai rakan kongsi yang bersama sama mencorakkan perniagaan, bekerjasama untuk kejayaan bersama. Selain dari itu, amat penting sekali perasaan saling hormat menghormati untuk mengekalkan keharmonian usahasama rakan kongsi tersebut. Kata bijaksana, “Dua kepala lebih baik dari satu.” Kata-kata ini benar jika ditambah, “hanya jika harmoni.” Tanpa keharmonian tak akan rakan kongsi dapat bekerja rapat sebaliknya boleh mencipta suasana permusuhan.
           Dengan harmoni, barulah dapat bekerjasama, bekerja dengan rapat, saling bantu-membantu yang akhirnya menghasilkan kejayaan yang berpanjangan. Bukankah itu tujuan anda menyertai DESQUERA?Saling memerlukan, itulah sebenarnya rahsia untuk harmoni, kerjasama dan kejayaan. Ada perasaan memerlukan kehadiran rakan kongsi anda untuk sama-sama membina kejayaan bersama DESQUERA. Tidak ada kejayaan individu di dunia ini. Anda sentiasa memerlukan manusia lain untuk menjana kejayaan. Anda perlu bekerja rapat dengan rakan kongsi anda.

Idris Mohd Said
Pengarah Urusan
DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD
4月8日

BAGAIMANA MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA

 

            Benarkah anda menjadi warga DESQUERA tanpa sebarang tujuan dan matlamat? Tidak benar sama sekali. Anda menyertai DESQUERA bersebab. Sama ada untuk menjadi pengguna atau usahawan atau kedua-duanya serentak. Sekiranya anda menyertai DESQUERA sebagai usahawan, tentu anda mempunyai matlamat tersendiri.Bagaimana cara mencapai matlamat tersebut? Apa keperluan untuk mencapainya? Bagaimana cara untuk mencapai semua faedah-faedah dan peringkat-peringkat di dalam DESQUERA tersedia di dalam buku khas MENCAPAI MATLAMAT BERSAMA DESQUERA.

 

            Buku kecil ini semestinya dimiliki segera oleh setiap warga DESQUERA yang bercita-cita untuk mencapai semua faedah-faedah besar yang disediakan oleh DESQUERA. Buku panduan ini lebih kepada perancangan dan cara untuk mencapai apa yang dikehendaki. Ia perlu diisi sendiri oleh warga DESQUERA dan kemudian disemak sejauh mana pencapaian. Menyemak juga dapat mengenal pasti sama ada menjauhi atau mendekati matlamat. Jadi, buku ini membantu anda mencapai matlamat lebih sistematik dan lebih pasti.

 

            Dapatkan buku kecil ini sekarang! Cetakan sangat terhad. Jangan hanya dapat penat sahaja. Usaha anda di dalam DESQUERA adalah untuk meraih kesemua faedah-faedah besar di dalamnya. Buku kecil ini (hanya setebal 30 mukasurat) dapat mengelakkan anda dari hanya mendapat penat sahaja; berusaha bertahun-tahun di dalam MLM tetapi masih tidak tahu arah dan tujuan yang hendak dicapai. Buku ini boleh diibaratkan peta yang boleh memandu dan menunjuk ke mana arah yang hendak dituju.

 

 

4月4日

News Updated!

New!Kursus Pra-Ahli dan Ahli Baru
 
 
Sering gagal dalam perniagaan? Kini peluang untuk berjaya.
Kami menyediakan kursus teori dan praktikal supaya anda akan menimba ilmu dan pengalaman dalam masa 24 jam.
Pasti anda akan berjaya dengan teknik yang mudah dan berkesan ini. 
Pinjaman dari Tekun Nasional akan diuruskan serta merta bagi peserta kursus yang layak.
 
Tempat: Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor Bahru
Tarikh: 26 April – 27 April 2008
Pendaftaran: 26 April 2008 jam 1.00 t/hari
Bayaran: RM 100 (Ahli), RM 120 (Bukan ahli)
(Bayaran termasuk penginapan dan makan)
Tarikh tutup: 15 April 2008
 
Tempat adalah terhad.
Siapa cepat dia dapat.
 
Jika berminat, sila hubungi segera :
En. Mohd. Azhar : 019-7043707
-------------------------------------------------
 
New!Malam Impian Emas
 
Tarikh : 26 April 2008
Tempat : Hotel Selesa, Pasir Gudang, Johor Bahru
Masa : 8.30 malam
 
Cabutan Bertuah disediakan.
Hadiah Utama:
Penginapan 2 hari 1 malam termasuk sarapan pagi untuk 2 orang diHotel Selesa, Pasir Gudang
 
 
Tempat adalah terhad.
Untuk tempahan dan pra-daftar, sila hubungi segera :
En. Mohd. Azhar : 019 – 7043707
Puan Siti Idah : 019 – 7744779
En. Arman : 012 – 7679508
Puan Zuraida : 017 – 7576887
4月3日

AYAM SELAMANYA

 

 

 

 

          CERITA ini dipadankan dari buku kedua karya Idris Mohd Said -- MAHKOTA KEJAYAAN. Kisahnya bermula bila telur burung helang diletakkan bersama telur ayam dibawah ibu ayam yang sedang mengeram. Sampai masa, telur burung helang itu menetas. “Emak!” -itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut anak helang

bila pertama kali melihat ‘ibu’nya. Membesarlah anak helang itu bersama anak-anak ayam lain.Ibu ayam itu tidak pernah membezakan kasih sayangnya terhadap anak helang itu walaupun agak berbeza penampilannya berbanding anak-anak yang lain. Kini anak helang itu sudah besar. Sebagaimana lazimnya ayam yang sudah besar boleh‘terbang’ pada jarak yang dekat, begitu jugalah dengan helang tersebut.Pada suatu hari terlihatlah burung helang sedang terbang di udara dengan hebatnya. Anak helang itu kagum melihat cantik dan hebatnya burung helang itu terbang melayang-layang.

“Apa tu Mak?” Tanya anak helang.

         “Oh, itulah burung helang.”Jawab emaknya. “Burung itu memang ditakdirkan boleh terbang tinggi di udara, bukan macam kita. Kita ditakdirkan hidup di atas tanah.” Anak helang itu mengangguk faham. Mulai hari itu setiap kali ternampak burung helang terbang melayang-layang di udara, anak helang itu memerhatikan dari tanah dengan kagum.

 

 

MORAL: Potensi diri boleh terkurung akibat pendidikan yang diterima dari suasana sekeliling.