mydesquera 的个人资料Desquera2u照片日志列表更多 工具 帮助

日志


3月28日

DQ Fibre Drink

Minuman Fiber adalah rakan pelansing anda dengan tekstur yang sempurna dan rasa yang sangat sedap Minuman fiber mengandungi pelbagai jenis sumber di mana fiber yang berlainan memberikan faedah yang tertentu kepada badan.

 

Kandungan :

100% Plantango Ovata Husk

 

Khasiat :

·      Melawaskan dan melancarkan pembuangan najis

·      Mampu mengawal berat badan

·      Melansing dan menguruskan

 

Cara Penggunaan :

1.Tuangkan air ke dalam cawan

2.Campurkan 3 sudu teh Fibre Drink

3.Biarkan sehingga 3 minit

4.Kacau hingga sebati

 

3月25日

DQ Guarana Coffee

Dalam kajian botani, Guarana ditemui buat pertama kalinya pada Zaman Pertengahan di dalam hutan hujan Amazon. Ia tergolong sebagai spesis Paullina Cupana. Pemanjat tropika ini merupakan pohon saka bertangkai yang hidup dengan memanjat pokok besar hutan Amazon untuk mencari matahari.

 

Di sepanjang kawasan Amazon, terdapat sebuah Bandar terkemuka bernama Maues yang digelar "Kota Lanjut Usia" di mana purata jangka hayat populasinya melebihi  umur 80 tahun. Pemeriksaan teliti para sarjana mendapati rahsia umur panjang ini adalah disebabkan oleh sejenis tumbuhan yang bernama Guarana.

 

Biji benih Guarana apabila diamalkan akan memberi tenaga dan juga ubat awet muda. Antara kesan guarana termasuklah memberi sumber tenaga utama yang mempunyai fungsi penyembuh yang unik, mengurangkan kesakitan, mengelakkan penyakit, mengelakkan jangkitan, menguatkan system saraf, mengembalikan tenaga batin, memudahkan pernafasan dan menguatkan jantung. Oleh yang demikian, orang asli Amerika menganggap biji benih Guarana sebagai "PERMATA" bernilai tinggi yang boleh memberi kesihatan dan usia panjang.

 

Khasiat :

·      Sindrom kelesuan yang kronik

·      Mental dan fizikal lemah dan kegemukan

·      Kesukaran bernafas disebabkan merokok

·      Fungsi seks yang sempurna

·      Sistem ketahanan badan yang lemah

·      Demam, keresahan, tekanan, jangkitan dan penuaan

·      Pencemaran dan pembekuan darah

·      Masalah kedatangan haid

 

Kandungan :

Ekstrak Kopi, gula, susu tepung dan Ekstrak Guarana

 

Perhatian:

Perempuan mengandung atau selepas bersalin tidak digalakkan meminum Kopi Guarana.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3月23日

ANAK POKOK DAH TUMBUH…

 

 

                  SEBELUM menanam benih ke dalam tanah, banyak sekali persiapan yang perlu diambil serius seperti memastikan kesesuaian tanah, biji benih yang elok, masa yang sesuai dan sebagainya. Sesudah biji benih dimasukkan ke dalam tanah, ia perlu diberi perhatian yang lebih serius. Ia perlu disiram dengan sukatan air dan masa yang tepat. Terlebih atau terkurang air boleh menyebabkan anak benih tersebut tidak bertunas atau jika telah bertunas ia boleh mati.

                   Hari demi hari, pejam celik, tunas tadi tumbuh berkat kesungguhan menjaganya. Kini, anak pokok tersebut telah berusia setahun dan telah pun melalui masa-masa kritikal. Namun masa kritikal berterusan, tidak selesai di situ sahaja. Dari setahun hendak mengekalkan hayatnya hingga 2 tahun, 3 tahun, 4, 5. Hendak dipertingkatkan penjagaannya hingga anak pokok itu menjadi pokok berakar umbi yang kukuh dan akhirnya dapat mengeluarkan hasil yang ditunggu-tunggu.

                    Perumpamaan itu saya ibaratkan DESQUERA.Pejam celik, DESQUERA sudah nak masuk ke tahun ke 2. Masa-masa kritikal sudah hampir ditinggalkan, memasuki fasa penjagaan serius.Saya sering mengingatkan kepada diri saya sendiri - bila sudah 1 tahun berlalu, saya mengingatkan ada 10 tahun lagi menunggu. Bila 2 tahun, ada 20 tahun lagi menunggu untuk dibina dan dikekalkan. Belum pernah terjadi dalam dunia ini, kita tidak mendapat apa-apa jika kita mengusahakan dengan serius. Pasti akan mendapat “upah” dan “ganjaran” tertentu hasil dari usaha gigih.

                    Anda pasti akan mendapat sesuatu bila sama-sama berusaha gigih “menghidupkanDESQUERA sehingga menjadi umpama pokok besar yang berakar umbi. Bila telah rimbun, sama-sama kita bersama anak cucu bernaung di bawahnya sambil menikmati hasilnya.Marilah sama-sama kita mengusahakan masa depan itu hari ini. Jika hari ini kita tidak terus berusaha dengan gigih, pokok besar tadi hanya angan-angan sahaja.

 

 

Idris Mohd Said

Pengarah Urusan

DESQUERA WORLDWIDE SDN BHD

 

3月18日

Taklimat Desquera

News Updated!
 
 
Prescott Metro Inn
Ground Floor,Wisma Metro, Jln Semenyih
43000 Kajang,Selangor
22/03/2008 (Sabtu Malam Ahad)
9.00 Malam
 
Maklumat lanjut Tel: Hj Bakar 016-6268270
 
 
 
Tempat:
Hotel Seri Malaysia Mersing Johor
PTD641, Jln Ismail , 86800
Mersing, Johor
 
Tarikh:
12-13 April 2008
 
Bayaran:
RM85 (Ahli)
RM100 (Bukan Ahli)
*bayaran termasuk tempat tinggal dan makan
 
Terhad kepada 30 peserta sahaja, Tarikh tutup pendaftaran pada 31 March 2008
 
Untuk pendaftaran, sila hubungi
En. Azhar: 019-7043707
 
Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.impianwarisan.com