mydesquera's profileDesquera2uPhotosBlogListsMore Tools Help

Blog


    January 29

    KERJASAMA YANG MENGUNTUNGKAN PART 2

    Kerjasama Desquera di luar negara.

    Dari masa kesemasa Desquera akan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat MLM di luar negara.Jalinan kerjasama ini akhirnya menguntungkan anda,membolehkan anda bukan sahaja menaja di dalam negara bahkan di luar negara.

    Buat permulaan,Desquera telah menjalinkan kerjasama(M.o.u) dengan syarikat MLM dari Indonesia.PT Sinergiplasindo Dinamika,sebuah Syarikat MLM yang maju dan telah lama beroperasi pada 23 Oktober 2007.

    Antara kandungan M.O.U adalah;
    1. Bersetuju dan sefahaman dalam pelaksanaan Enterpreneur Global Plan (EGP) dan Pelan Impian Warisan HBMT.
    2. Bersetuju untuk menggunakan sistem online yang sama di Malaysia dan Indonesia.
    3. Bersama memasarkan produk S'Detox dan Trace Mineral di Malaysia dan Indonesia.
    4. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan sistem hirarki Malaysia dan Indonesia dalam hirarki yang sama.
    5. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan pelan C.T.O (Company Turn Over) Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia dalam satu hirarki.
    6. Penambahan Pelan D'Senergi;Enterpreneur Global Plan (EGP).
    7. Kerjasama dalam sistem pembayaran bonus Cash Watlet.
    8. Bekerjasama dalam latihan dan seminar bersepadu dan persamaan kandungan seminar dan latihan.
    9. Kerjasama dan pertukaran pemimpin MLM Malaysia dan Indonesia.

    tara kandungan M.O.U adalah;
    1. Bersetuju dan sefahaman dalam pelaksanaan Enterpreneur Global Plan (EGP) dan Pelan Impian Warisan HBMT.
    2. Bersetuju untuk menggunakan sistem online yang sama di Malaysia dan Indonesia.
    3. Bersama memasarkan produk S'Detox dan Trace Mineral di Malaysia dan Indonesia.
    4. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan sistem hirarki Malaysia dan Indonesia dalam hirarki yang sama.
    5. Bersetuju dan sefahaman dalam penggabungan pelan C.T.O (Company Turn Over) Malaysia,Indonesia dan seluruh dunia dalam satu hirarki.
    6. Penambahan Pelan D'Senergi;Enterpreneur Global Plan (EGP).
    7. Kerjasama dalam sistem pembayaran bonus Cash Watlet.
    8. Bekerjasama dalam latihan dan seminar bersepadu dan persamaan kandungan seminar dan latihan.
    9. Kerjasama dan pertukaran pemimpin MLM Malaysia dan Indonesia.

    January 24

    KERJASAMA YANG MENGUNTUNGKAN.part 1

    Kerjasama memang menguntungkan.Lihat sahaja mereka yang enggan bekerjasama sentiasa mengalami kerugian yang berpanjangan. Untuk jangka pendek dan jangka panjang kerjasama adalah menguntungkan. Sesuai dengan maknanya bekerja bersama,kejayaan bersama.

    Peluangnya lebih besar jika bekerjasama. Peratus kejayaan lebih besar jika bekerjasama. Oleh kerana kejayaan yang diperolehi itu besar,maka pembahagian kejayaan bersama rakan kerjasama juga besar.

    Sabaliknya,jika bekerja sendirian tanpa kerjasama,kecil sahaja perolehannya.ini boleh anda buktikan sendiri.

    Fikirkan kerjasama.

    Setiap kali melaksanakan semua elemen penting yang membawa kepada matlamat/impian anda,maka fikirkan;

    - Bagaimana saya boleh bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan saya.Jika anda menumpukan kepada kerjasama,pasti usaha anda akan terarah kepada kerjasama.Fikirkan kerjasama andaakan memperolehi kejayaan yang lebih besar.Jangan sesekali menghalakan pemikiran anda kearah tamak,bolot,semua hendak dilakukan sendiri.Anda akan gagal jika semuadibuat sendiri.

    - Fikirkan keuntungan besar jika bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.

    - Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan penaja dan tajaan di dalam kumpulan.

    - Cari apa yang menghalang kerjasama dan kemudian cari jalan supaya halangan  itu boleh dihapuskan.Biasanya yang menghalang ialah sikap,sama ada sikap diri sendiri atau sikap penaja dan tajaan dalam kumpulan.

    Kerjasama dengan Desquera.

    Kerjasama bukan sahaja dengan penaja/tajaan,bahkan kerjasama dengan Desquera yang menyediakan landasan untuk mencapai impian/matlamat melalui Pelan Pemasaran Impian warisan.

    Cara bekerjasama dengan dengan Desquera adalah mudah;

    - Menghadiri setiap kursus dan seminar yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh Desquera.Akhirnya, ilmu yang diperolehi dari seminar dan kursus itu adalah untuk kemajuan warga Desquera sendiri.

    - Memberikan cadangan bernas untuk kemajuan bersama.

    - Mengkhabarkan kebaikan dan kelebihan Desquera kepada umum.Apa sahaja kebaikan untuk Desquera,akhirnya kebaikan tersebut akan kembali kepada anda.

    - Berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.Apa-apa kejayaan untuk Desquera,akhirnya kebaikan itu adalah untuk anda.

    - Fikirkan kerugian besar jika tidak bekerjasama dengan Desquera.


     

    January 20

    CARA PALING ASAS MENAJA (PART 3)

     
    -Teknik modeling ini ialah teknik'meniru dengan cara yang tepat'.Caranya sangat mudah anda hanya perlu membuang ego dan sanggup belajar menaja dengan mengunakan teknik yang dijamin mendatangkan kejayaan cara-caranya ialah:

    1-Cari salah seorang penaja atau upline anda yang memeng pandai menaja tanpa menggunakan desakah dan sentiasa menghasilkan'sign heart'.
    2-Temui beliau dan beritahu bahawa anda hendak belajar menaja dengan berkesan.
    3-Dapatkan persetujuan beliau untuk mengikut menaja sebanyak 6 kali.
    4-Mula-mula pada 3 kali pertama,anda melihat mendengar cara tajaan anda menaja.Anda melihat dan mendengar sambil belajar.
    5-Pada 3 kali berikutnya anda pula yang menaja,sama 100 peratus seperti yang dipelajari dari penaja anda.Sama seperti anda penaja anda hendaklah diam dan memerhatikan sahaja.
    6-Melakukan post morteum.Dengan rela hati anda mendengar penaja anda membentangkan kekuatan dan kesilapan anda dalam menaja.
    7-Sesudah mempelajari kesilapan kekuatan anda maka langkah seterusnya ialah berdikari,melaksanakan apa yang telah anda pelajari secar teori dan praktikal.
     
    -Pembuka kata yang terbaik ialah pembuka kata yang 'tidak tepat'(indirect).Pembuka kata jenis ini ialah paling tinggi peratusan kejayaannya.Dalam masa yang sama boleh menghasilkan bakal tajaan(lead) :
    1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat..."
    2-"Apa yang sahabat-sahabat anda tahu tentang..."
    -Untuk memperkenalkan produk:
    1-"Ada tak kenal sesiapa yang berminat untuk berhenti merokok?"
    2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang produk S'Detox keluarga Desquera?"
    -Untuk memperkenalkan Pelan Pemasaran Impian Warisan:
    1-"Ada tak kenal seiapa yang berminat untuk turut serta dalam Kempen Memiliki Harta"?
    2-"Apa yang sahabat anda tahu tentang Kempen Bebas Hutang anjuran Desquera?"
    -mudah sekali kedua-duanya disuarakan secara indirect,kita meminta tolong:
    1-Kenalan-Kalau tak ada kenalan yang berminat tak mengapa ucapkan terima kasih.Kita mengajak kenalan beliau bukan beliau.
    2-Kita meminta tolong untuk memperkenalkan kepada kenalan beliau.Kalau beliau tak mahu menolong tak mengapa ucapkan terima kasih.
    -Bila anda menanyakan soalan diatas pasti jawapan yang diterima dari bakal tajaan positif iaitu:
    1-"Ada apa?"
    2-"Mengapa?"
    -Tahukah anda telah menimbulkan sikap cemburu dan minat serta sikap ingin tahu kepada yang ditanya.Jadi sebaiknya anda jawab dengan hormat:
    1-"Saya rasa tak sesuai untuk anda..."
    2-"Tak tahulah sama ada sesuai tidak..?
    3-Saya rasa anda tak berminat...?"
    -anda mungkin didesak kerana sikap ingin tahu jadi inilah sebenarnya peluang anda untuk menerangkan tentang produk,pelan pemasaran dan Impian Warisan.
     
    -Anda bukan tidak berjaya menaja sebaliknya belum berjaya.Jangan anggap anda gagal sebaliknya anda sudah mendapat maklum balas.Ingatlah kata orang lama'"Orang yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak melakukan apa-apa."
    -Jika anda telah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal untuk menaja anda hendaklah :
    1-Anda hendaklah berehat sebentar tetapi jangan sekali-kali berputus asa.Berehat sambil mempelajari kesilapan dan kelebihan.
    2-Atau boleh mengajak datang ke mesyuarat Desquera.Disitu ada penceramah yang akan menolong anda menerangkan dengan jelas tentang syarikat,produk dan pelan pemasaran Impian Warisan.
     
    January 18

    CARA PALING ASAS MENAJA (PART2)

     
    -Keseluruhan proses penajaan hendaklah dianggap menolong.Bukan sekadar menolong bahkan menolong dengan ikhlas,anda tidak rasa apa walaupun orang yang ditolong tidak mengucapakan terima kasih.Itulah bezanya menolong ikhlas atau tidak.

    1-Anda menolong dengan ikhlas memperkenalkan produk Desquera dan pelan pemasaran Impian Warisan Desquera yang mungkin ditunggu selama ini.
    2-Jika berminat dan kemudian mengusahakan Desquera dan kemudian mencapai kejayaan anda sebenarnya telah menolong bakal tajaan anda mengubah kehidupannya ke arah yang lebih baik.
    3-Jika selama ini bakal tajaan memang berminat dengan Desquera tapi ada masalah modal sebenarnnya anda juga telah menolongnya  dengan memperkenalkan bisnes yang bermodal kecil.
     
    Jangan Sesekali Mendesak
     
    -Jangan mendesak ,jangan tertekan dan menekan jangan mengasak.Bagaimana perasaan anda sendiri jika orang yang memperkenalkan produk itu mendesak dan menekan anda mungkin anda :
    1-membenci dan sentiasa menghindari.Gambaran buruk tentang MLM dan jualan lansung makin menebal.
    2-Menyertai,sign up' kerana terpaksa atau hendak mengambil hati sahaja.Bukan sign heart kerana selepas sign heart selalunya bakal tajaan akan berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan yang tersedia.
    -Sebelum memulakan perbincangan untuk menerangkan tentang Desquera ini kita mestilah meminta izin dari bakal tajaan ini:
    1-"Bila boleh saya terangkan lebih lanjut?"
    2-"Saya tak akan datang lagi kalau tak diizinkan.Jadi bila masa yang sesuai anda izinkan saya datang untuk menerangkan lebih lanjut?"
    3-"Apa pendapat anda jika kita boleh bertemu lagi untuk menerangkan keuntungan-keuntungan lain?"
    January 15

    CARA PALING ASAS MENAJA

    Menaja perlukan asas atau permulaan;
    1- Pra menaja;Sudah diterangkan pada bab yang lepas
    2- Peralatan Menaja; Produk,testimoni, alat bantu menaja
    3- Bakal tajaan (lead)
    4- Penerangan ringkas
     
    Matlamat anda menaja adalah supaya bakal tajaan;
    1- Tahu
    2- Minat
    3-'Sign -up'(sign heart)

    Jangan sesekali-kali terlupa akan urutan matlamat menaja itu.Mula-mula sekali adalah supaya bakal tajaan anda tahu mengenai Desquera. Selepas itu barulah datang minat.Jika tidak tahu dan faham tidak akan berminat.
    Tak berminat tak akan'sign-heart'. jadi matlamat anda menaja adalah untuk'sign heart'.Namun di hujung sana ada matlamat yang lebih utama dan besar iaitu membina jaringan bisnes.Penghujung itu dimulakan dengan permulaan iaitu'sign heart'.
     
    Memecahkan Tembok Halangan
     
    -Menaja ada kadangkala mudah dan berjalan lancar dan ada ketikanya begitu sukar.Ingatlah tidak ada 2 manusia yang serupa dan tidak ada 2 hari yang serupa.Setiap bakal tajaan mempunyai halangan mental(mental block) dan mereka telah bersiap untuk membuat penolakan semasa anda cuba menerangkan.Puncanya ialah kerana:
    1-Tidak faham
    2-Input di fikiran mereka mengenai MLM iaitu semua mlm sama sahaja.Ini kerana branding dan tingkah laku  orang yang dianggap punca perosak pasaran yang berniat untuk menjatuhkan MLM sahaja.Bukan salah anda tetapi salah 'leader-leader'yang tidak beretika sebelum anda.
    3-Hanya mendengar banyak yang buruk berbanding yang baik mengenai MLM.Mendengar dan melihat kegagalan dan tingkah laku buruk orang dalam MLM menjadikan tidak menghalakan pandangan kepada kejayaan didalam MLM.
    -Jadikan kejayaan menaja dimulakan dengan usaha anda untuk memberi kefahaman kepada bakal tajaan :
    1-Lebihkan mendengar berbanding bercakap.Mendengar boleh tahu samaada bakal tajaan faham atau belum.Anggapan 'menguasai cakap' boleh mendatangkan kejayaan adalah silap sama sekali.
    2-Jangan sesekali memotong cakap
    3-Jangan sesekali membiarkan fikiran merayau semasa mendengar,dengar dengan penuh minat dan perhatian.
    4-Galakkan bakal tajaan anda bercakap contohnya "Bolehkah terangkan lebih lanjut?"Semakin bakal tajaan anda banyak bercakap semakin pasti dia mula memahami.
     
     
     
     

     
    January 11

    Bersedia Dengan 50 Tidak

    Jangan salah faham.Anda bukan menjangkakan kegagalan. Semestinya sejak dari mula lagi anda sudah menjangkakan kejayaan.
    Adalah mustahil proses penajaan anda berjalan dengan lancar.Jadi untuk mengelakkan kekecewaan,bersedialah dengan 50 tidak atau 50 penolakan.Tidak semestinya terjadi sebanyak 50 kali,tetapi sebaik-baiknya bersedia dengan 50 penolakan sejak dari mula.

    Selagi belum mendapat 50 penolakan atau 50 tidak,jangan sekali-kali berhenti,jangan sekali-kali berputus asa.Tak berbaloi untuk putus asa sebelum mendapat 50 kali penolakan dalam menaja.Apalah 50 kali penolakan itu dibandingkan dengan Kolonel Sanders (KFC) yang mengalami 1,999 kali penolakan.
    Mengikut pengalaman masa lalu,'ya'dengan'tidak'adalah seimbang.Ini bermakna semakin kerap anda mengalami'tidak' atau 'penolakan'.
    'Tidak'yang diterima bukan sia-sia sebaliknya untuk pendidikan anda;

    1- Setiap kali menerima penolakan atau tidak,hendaklah dicatatkan dan dipelajari punca terjadinya penolakan itu.Jangan anggap ia sia-sia atau kegagalan sebaliknya anggap sebagi pendidikan.Sesudah dipejari,dilupakan sama sekali.
    2- Anggap'tidak'atau'penolakan'itu sebagai maklum balas. Penting sekali maklum balas tersebut untuk menjayakan usaha anda di masa akan datang.Tanpa maklum balas,adalah sukar untuk mengetahui kelebihan atau kekurangan anda dalam menaja. Maklum balas adalah untuk kejayaan.
    3- Anggap'tidak'sebagai motivasi kerana anda sebenarnya semakin hampir denga' ya'
    Apabila'tidak'sudah'habis'yang tinggal ialah'ya'.Setiap kali menerima 'ya' seperti tadi, pelajari apa punca yang menyebabkan menerima 'ya' itu.Apa kelebihan yang telah anda lakukan menjadikan anda berjaya menaja dengan cemerlang?Pelajari dan teruskan.
     
    Jangan Anggap Bakal Tajaan Bodoh
     
    Rendahkan ego dan anggap bakal tajaan anda setaraf dengan anda.Jika anda menganggapnya lebih tinggi dari anda boleh menyebabkan anda berasa rendah diri dan takut mendekati.Sebaliknya jika menganggap tajaan anda lebih rendah kedudukannya dari anda,akan menyebabkan
    1-Menganggap diri lebih pandai.Ini boleh  menjadi punca kegagalan menaja.
    2-Boleh terbina anggapan bakal tajaan  anda 'bodoh atau tidak tahu apa-apa.Buruk akibatnya jika menganggap diri kita ini saja yang pandai,orang lain semua bodoh.
     
    Menghormati
    -Hilangnya rasa hormat kepada bakal tajaan menjadikan anda dibenci.Kalau sudah dibenci akan sentiasa gagal bukan sahaja dalam menaja bahkan dalam semua urusan MLM.
    -Manusia didepan anda (bakal tajaan) walupun kedudukannya adalah manusia yang mesti dihormati.Setiap manusia walau apa pun tarafnya,jauh disudut hati mereka memang mengharap dihormati.jadi jangan sekali-kali menghampakan harapan mereka.Gagal memenuhi kehendak mereka mnyebabkan anda gagal
    -Menghormati orang adalah mudah dan boleh terjadi secara natural iaitu menghormati bukan terpaksa menghormati.Secara natural juga anda akan menghormati jika sejak mula lagi anda:
    1)menganggap semua orang didepan anda walau apa kedudukannya adalah orang yang penting dan mahu disnggap penting.Jangan abaikan kehendak semulajadi manusia ini.
    2)Menghormati dan menganggap penting jangan sesekali kerana terpakasa atau sebab lain.Sebaliknya secara natural anda menghormati dan menganggap bakal tajaan anda orang yang penting.
    3)Menyukai orang yang didepan anda.Ada perasaan natural anda menyukai orang yang didepan anda.Anda mencari sebab untuk menyukai bukan mencari sebab untuk tidak menyukai.
     
    Menjangkakan Berjaya
     
    -Tidak ramai menjangkakan berjaya,sebaliknya begitu ramai yang menjangkakan akan gagal.Melangkah sahaja hendak menaja sudah tahu akan gagal.Sudah menjangkakan akan gagal bukan menjangkakan kejayaan.
    -Apabiola anda menjangkakan kegagalan :
    1)Mengharap dan seolah-olah berdoa untuk gagal
    2)Apa yang dijangkakan itulah yang diperolehi
    3)Gerak laku anda akan menjuruskan kepada tidak boleh,tidak berjaya akhirnya menyebabkan kegagalan.
    4)Sikap anda juga akan menjurus kepada kegagalan kerana sudah set akan gagal.
    -Hanya perlu menukar jangkaan.itu sahaja.Menjangkakan kejayaan.Setiap kali hendak mel;angkah menaja set fikiran dan fizikal anda menjangkakan kejayaan.
    1)Bawakan sikap'Tidak akan gagal".Apa perasaan anda bila anda telah tahu bahawa anda tidak akan gagal?Sudah tentu sikap dan geraklaku anda kea rah kejayaan.
    2)Ingati kejayaan masa lalu sama ada berkaitan dengan menaja atau yang tidak ada kaitan dengan menaja.Dengan mengingati kejayaan anda akan menjadi lebih optimis dan menjangkakan kejayaan.
    3)Hindari anggapan awal yang negatif.Apa yang dianggap selalunya akan terjadi.Tukar kepada anggapan awal yang positif.Ia sangat menguntungkan anda.
     
    Tak Payah Kerja
     
    -Inilah yang mesti dihindari.Jangan membuat gambaran apatah lagi menerangkan seolah-olah didalam Desquera"Tak payah bekerja".Duit datang,masuk terus ke dalam kad Impian Mastercard tanpa perlu bekerja-Jangan sesekali memberi gambaran begini apatah lagi menerangkannya begitu.
    -Memang dengan memberi gambaran begitu kan menarik ramai orang kerana sifat semulajadi manusia ialah mendapat sesuatu yang banyak tanpa perlu berkerja bersusah payah.
    -Sekiranya disebut juga pasti akan menyebabkan kegagalan kerana:
    1)Semasa menerangkan anda berasa tidak yakin kerana anda sendiri pun tahu bahawa mustahil boleh memperolehi pendapatan tanpa perlu bekarja.
    2)Oarang ramai sudah meluat dengan 'gula-gula'begitu.Ingat anda bukan sahaja menaja orang bodoh yang boleh digula-gula sebaliknya orang sekarang bijak belaka.
    -Jadi sebaik-baiknya jangan sesekali membuat gambaran tentang 'tak payah bekerja'.Membuat gambaran pun jangan apatah lagi memnyebutnya.Bagaimana jika anda pula yang ditanya.Jawab dengan berhikmah,"Apa pendapat anda kalau kita dapat kerja kemudian  duduk diam-diam,bolehkah cukup bulan nanti kita mengambil gaji?.
     

     
    January 09

    SEBELUM MENAJA

    Apa yang perlu anda lakukan sebelum menaja? Apabila anda menaja, bermakna anda sedang mengusahakan dan menjayakan Pelan Pemasaran Impian Warisan.Wang,harta dan kejayaan hanya jika pelan Pemasaran Impian Warisan berjaya. Jika gagal, impian anda hanya tinggal impian.Pelan Impian Warisan Desquera hanya boleh dijayakan jika anda menaja. Itulah Langkah anda untuk menjayakan pelan Impian Warisan Desquera. Ia adalah berkait antara satu sama lain dan ia juga adalah asas kejayaan anda di dalam desquera:

    1- Impian anda hanya boleh dicapai jika produk desquera dapat ketangan pengguna. Berapa banyak? Sebanyak mungkin berulang-ulang. Adalah mustahil anda boleh menjual produk desquera dengan begitu banyak seorang diri. Kerana itu,anda perlu menaja,kerana menaja sebenarnya ialah mencari orang yang mahu sama-sama memasarkan produk.
    2- Pelan pemasaran dicipta adalah untuk memasarkan produk. Ganjaran yang terdapat didalam pelan pemasaran adalah berasaskan jumlah jualan produk.Jadi sebenarnya, pelan pemasaran hanya boleh dijayakan jika anda menaja,mendapatkan orang (rakan kongsi) yang berminat untuk sama-sama memasarkan produk.
    3- Kaitan ketiga-tiganya ialah memasarkan produk, pelan pemasaran, menaja jangan sekali-kali diputuskan. Ketiga-tiganya saling berkait.

    Membina Jaringan
    Tujuan sebenar menaja adalah untuk membina jaringan.Tujuan membina jaringan pula adalah untuk meluaskan pasaran produk dan dalam masa yang sama membina bisnes anda.Jaringan yang luas dan bisnes yang maju sudah tentulah menjadikan impian yang boleh diwarisi menjadi kenyataan.
    Banyak salah faham tentang menaja ini.Salah anggap dan salah faham inilah yang menggagalkan usaha.
    1- Menaja tidak menghasilkan bonus.Kesilapan;hanya menaja semata-semata tanpa memikirkan motif dan impak dari menaja.Motif menaja adalah untuk mendapatkan orang yang mahu bekerjasama memasarkan produk atau menyampaikan produk ke tangan pengguna. Menaja tidak menghasilkan bonus melainkan menaja itu adalah untuk mendapatkan orang dan jaringan yang berkerjasama memasarkan produk.
    2- Tajaan bukan pekerja.Impiannya;menaja ramai-ramai dan duduk diam-diam goyang kaki,wang masuk setiap bulan.Sama seperti perkara lain di dunia ini untuk mendapatkan wang, anda mesti bekerja.
    3- Menaja kemudian ditinggalkan. Hanya seronok menaja sahaja.Ini satu lagi kesilapan kerana tidak mengetahui motif dan impak menaja.Ada tugas lain yang penting sekali iaitu membina jaringan/bisnes.Anda mesti membimbing tajaan anda sehingga mereka boleh berdikari dan membina jaringan bisnes sendiri.
    4- Tidak ada gunanya jika hanya anda seorang yang berjaya menaja tetapi tajaan anda tidak tahu atau tidak menaja.Kunci kajayaan sebenar di dalam Desquera ialah kerjasama,tolong menolong dan bantu membantu.Anggaplah sebagai keluarga yang disayangi,anda mesti menolong dan membantu tajaan anda.Bantu mereka menaja jika mereka tidak tahu atau belum berapa pandai menaja.
    Membina jaringan dimulakan dengan membina kumpulan anda sendiri.Membina kumpulan pula dimulakan dengan membina tajaan baris pertama.Kerana itu dikatakan,tajaan baris pertama anda begitu penting sekali.Pastikan mereka boleh menjadi seperti anda iaitu meneruskan menaja dan memperoleh tajaan berkualiti.
    Jangan hanya menaja sebaliknya tumpukan memperoleh tajaan berkualiti supaya akhirnya anda berjaya membina jaringan yang besar dan berjaya.

    January 07

    KEMPEN-KEMPEN MENGUNTUNGKAN

     
     
    Dari masa ke semasa desquera sentiasa mengadakan kempen-kempen yang menarik. Tujuannya adalah untuk menambahkan lagi jualan dan keuntungan warga Desquera. Kempen-kempen tersebut memang menguntungkan warga Desquera.
     
    A) Kempen Bebas Hutang

    Bukan untuk menghapuskan hutang kerana ia adalah mustahil.Hutang hanya boleh dikurangkan bukan dihapuskan.Ini sebenarnya Kempen Bebas Hutang iaitu untuk mengurangkan hutang warga Desquera sendiri dan seterusnya sebahagian dari masyarakat Malaysia.
    - Kad Impian Mastercard adalah kad pra bayar yang menggelakan anda dari menggunakan kad kredit(yang dikenakan faedah).
    -Anda boleh mengatur perbelanjaan jika menggunakan kad tersebut kerana perbelanjaan anda bergantung kepada jumlah wang didalam kad tersebut.
    -Ia menyamai dengan pembelian tunai kerana kad prabayar tersebut tidak boleh digunakan melainkan mengandungi wang jadi tidak akan terlibat dengan hutang.
    -Keseluruhan bonus pendapatan anda di dalam Desquera( Harian, Mingguan,Bulanan Tahunan) akan dimasukan ke dalam kad pra bayar tersebut oleh sistem Desquera. Sekaligus merancang perbelanjaan bagi mengelakkan perbelanjaan melebihi pendapatan.
     
    B) Kempen Berhenti Merokok Menjadi Kaya

    Ramai perokok di Malaysia ini boleh menjadikan anda kaya.Percaya atau tidak?Bukan kaya dengan menjual rokok sebaliknya kaya dengan membantu orang berhenti merokok mengunakan produk S'Detox.Memperkenalkan dan memasarkan s'Detox boleh menjadikan anda dan warga Desquera di dalam kumpulan anda menjadi kaya.Mengapa? Kerana ramainya perokok di muka bumi ini.Kerana ramainya yang mencuba berhenti berkali-kali tetapi gagal.Mengesyorkan S'Detox adalah salah satu usaha anda untuk menjayakan kempen yang menguntungkan ini.
    Namun jangan sesekali membuat anggapan seolah-olah ia produk ajaib kerana ia boleh menggagalkan usaha anda untuk menjadi kaya berlandaskan produk ini. Beritahulah seadanya.
    Bagaimanapun anda amat beruntung kerana dibekalkan dengan senjata yang paling kuat dalam memperkenalkan S'Detox.Senjata yang dimaksudkan ialah testimoni mereka yang telah berjaya berhenti merokok dengan mengamalkan S'Detox.Bahkan anda tidak perlu bercakap apa-apa biarkan testimoni yang bercakap.
     
    C) Kempen memiliki Harta

    Dengan pelaksanaan pelan pemasaran Impian Warisan dengan penuh kesungguhan, warga Desquera mampu memilki harta idaman seperti rumah banglo,kereta mewah dan sebagainya.Namun demikian Desquera hanya menyediakan landasan sahaja,usaha adalah ditangan anda.
    Mempelajari lebih lanjut tentang Pelan Impian Warisan Desquera,anda akan menemui 'Reserved Wallet'.Semakin anda kuat berusaha,semakin besar kandungan 'Reserved Wallet'ini.Dari Reserved Wallet tersebut anda akan dapat memiliki harta idaman anda.Kuncinya disini ialah 'setia berusaha',iaitu berusaha dengan gigih dan setia.Ini kerana jika anda berhenti dari mengusahakan Pelan Impian Warisan,'Reserved Wallet' bukan lagi milik anda. Pilihan anda ialah setia bersama Desquera, meneruskan dan berusaha dengan gigih sehingga harta impian anda diperoleh dengan mudah untuk diwariskan kepada keturunan anda.
     
    MUTIARA KATA
    1. Kualiti bukan terjadi dengan sendirinya;ia adalah hasil usaha yang berpanjangan.
    2. Awasi perbelanjaan anda.Bocor yang kecil boleh menenggelamkan kapal yang besar.
    3. Langkah pertama yang paling penting untuk mendapat apa yang anda hajati ialah mengenal pasti apa yang anda hajati.
    4. Saya dengar,saya terlupa,saya lihat,saya ingat,saya melakukan,barulah saya faham.
    5. Lebih bijak diri anda,lebih banyak yang perlu dipelajari.
     
     
     
    January 05

    PERKENALKAN PRODUK TERLEBIH DAHULU

    Perkenalkan produk terlebih dahulu sebelum memperkenalkan pelan pemasaran. Antara kelemahan memperkenalkan pelan pemasaran terlebih dahulu berbanding produk ialah seperti berikut:
     
    -Ia akan hanya menarik kelompok manusia yang hanya mahu mencari'wang panas'
    -memperkenalkan pelan pemasaran terlebih dahulu akan hanya membentuk imej 'skim cepat kaya'
    -Tidak mungkin dapat kekal lama kerana mengikut keadaan masa lalu, akan terjadi teori Big Bang iaitu'ledakan' dan kemudian sepi. Mengapa?Kerana yang berminat hanyalah mereka yang mahukan wang segera atau wang panas. Jika sekiranya lambat atau tiada wang segara diperoleh, mereka akan lari kepada syarikat lain. Ini bukan perkara baru sebaliknya telah lama terjadi dan masih terjadi di dalam industri MLM.
    -Ia bertentangan dengan cara sebenar MLM di jalankan. Sejak MLM mula diperkenalkan, produk didahulukan sebelum pelanpemasaran. Jika terbalik,pasti menghasilkan kegagalan.
    - Sekali lagi, ia bertentangan dengan dengan cara sebenar MLM dijalankan. Pelan pemasaran duwujudkan untuk memasarkan produk, bukan sebaliknya ( produk disediakan untuk menjayakan pelan pemasaran )
    Memperkenalkan produk terlebih dahulu sebelum memperkenalkan pelan pemasaran adalah sebahagian daripada sistem pendidikan Desquera.
     
    SEMUA PRODUK DESQUERA ADALAH 'KILLER PRODUCT'
     
    Produk Desquera dari produk 'ilmu' hinggalah kepada produk'kesihatan' semuanya dikategorikan sebagai 'Killer Product'.Tidak ada yang lebih laris atau kurang laris kesemuanya laris dan boleh menjadi laris jika ia dipromosikan dengan betul.
    Mungkin anda tidak ada masa untuk memperkenalkan kesemua produk Desquera kerana ia begitu banyak.Olehitu pilihlah satu produk yang selesa untuk anda menerangkan.Kerana itulah penting sekali anda menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Desquera dari semasa ke semasa untuk mengetahui kelebihan dan mengaitkan produk tersebut dengan keperluan tajaan anda.Selepas itu baru kaitkan produk tersebut dengan pelan pemasaran.
     
    Cara yang betul menerangkan produk adalah :
    1) Jangan hanya memnerangkan kelebihan dan ciri-ciri produk,sebaliknya tumpukan kepada faedah.Ingati kata-kata penting didalam penjualan "Saya bukan hendakkan sabun,bahkan tangan yang bersih".
    2) Kaitkan produk dengan masalah yang dihidapi oleh bakal tajaan.Semua orang mempunyai masalah kewangan,kesihatan,keluarga dan kehidupan.Bagaimanapun jangan kaitkan secara lansung,sebaliknya gunakan cara tidak langsung.
    3) sentiasa membawa dan menunjukkan testimoni.Biarkan testimoni 'bercakap'
    4) Kurangkan bercakap lebihkan mendengar.
     
    Sentiasa Bawa 3 Produk dan Testimoni
     
    Jika berkemampuan anda boleh membawa semua produk tetapi jika tidak mampu anda boleh membawa sekurang kurangnya 3 produk iaitu :
    -Kad Impian Mastercard
    -Desquera Trace mineral
    -Desquera S'Detox
     
    Ia dikatakan adalah produk wajib yang midah dijual dan ada kaitan dengan kempen yang sedang dijalankan oleh Desquera:
    -Kad Impian Mastercard ada kaitan dengan'Kempen Bebas Hutang'
    -Desquera S'Detox ada kaitan dengan kempen'Berhenti Merokok Menjadi Kaya'
    -Keseluruhan produk Desquera boleh dikaitkan dengan kempen memiliki Harta'
     
    KAD IMPIAN MASTERCARD
    -semua bonus akan dimasukkan ke dalam kad,boleh keluarkan melalui ATM atau gunakan untuk berbelanja.
    -Kad ini ialah kad prabayar.Ada orang menyebutnya sebagai kad debit jika ada wang didalamnya barulah boleh digunakan.
     
    DESQUERA S'DETOX
    -Produk ini menjadi terkenal dalam masa yang singkat kerana keberkesanannya.Pengiklanan dan pendedahannya di media termasuk TV menjadikannya terkenal dan memudahkan anda untuk menjualnya.Terangkan mengenai faedahnya iaitu menghilangkan rasa ketagihan merokok yang boleh dibuktikan dengan testimoni.
     
    DESQUERA TRACE MINERAL
    -Produk ini adalah keperluan kerana setiap tubuh badan manusia memerlukan trace mineral atau mineral mikro.Sumber dari makanan dan minuman kita seharian tidak mencukupi kerana itu perlu mengambil minuman tambahan ini bagi memenuhi keperluan badan.Kerana produk ini adalah keperluan tidak menjadi masalah untuk terangkan faedah produk.
    January 01

    PERANCANGAN JANGKA PANJANG DESQUERA

     
    Untuk membuktikan bahawa Desquera bukan sahaja bercakap tentang perancangan masa penjang bahkan sebahagian perancangan itu sedang dilaksanakan walaupun Desquera masih dalam peringkat bertapak.
    Ini adalah sebahagian dari perancangan jangka masa panjang Desquera :
    1)Melangkah ke pasaran luar negara
    -walupun pasaran di Malaysia belum lagi dapat dipenuhi bahkan masih terlalu luas untuk untuk diterokai tetapi Desquera menerima permintaan dari Indonesia,Brunei,Filipina untuk membuka pasaran disana
    2)Bangunan sendiri yang lebih luas dan selesa
    -Mungkin tidak tersegam besar,tapi buat permulaan ia adalah bukti kesungguhan Desquera untuk melaksanakan perancangan
    -Jumlah pusat jualan Desquera juga makin bertambah dalam negara.
    3)Desquera Cafe
    -Cadangannya di Wisma Desquera kelak akan dibuka Desquera cafe khusus untuk warga Desquera dan dibuka kepada umum.Yang menariknya,Desquera Cafe mengunakan e-wallet(khusus untuk warga Desquera).Mahukah anda makan dan minum di cafe yang tenang,dilengkapi buku,majalah dan internet.
    4)Desquera Trading
    -Menghimpun produk keluaran harian IKS dari seluruh  Malaysia diedarkan khusus untuk warga Desquera dan masyarakat.
    5)Desquera Publishing
    -Betapa pentingnya ilmu dan warga Desquera yang berilmu.Desquera publishing adalah penerbit buku-buku dan majalah ilmu.Sejak penubuhannya,Desquera sudah pun melaksanakan matlamat jangka panjang ini  dengan menerbitkan buku-buku penting khusus untuk warga Desquera dan pasaran umum.
    6)Desquera Institute Of MLM
    -Sebuah sekolah MLM dirancang akan ditubuhkan untuk mendidik warga MLM dan masyarakat umum.Institute ini akan mengajar ilmu perniagaan suapaya warga Desquera dan mayarakat MLM menjalankan perniagaan secara berilmu,beretika dan berjaya dan menjadikan MLM pilihan kerjaya di masa depan.
    7)Desquera international hotel
    -satu lagi perancangan jangka panjang,keutamaan kepada warga Desquera dan keluarga yang memerlukan penginapan.Pembinaan hotel ialah berhampiran dengan pusat pengajian tinggi jadi memberi kemdahan kepada ibubapa(warga Desquera) melawat atau menghantar anak-anak mereka.
    8)Yayasan Desquera
    -Belum beroperasi sepenuhnya tetapi sudah ditubuhkan sejak Desquera di tubuhkan.Keseluruhan operasi adalah berasaskan kebajikan dan diarahkan kepada kebajikan.Sebahgian keuntungan Desquera disalurkan kepada yayasan ini untuk tujuan kebajikan.Warga Desquera juga boleh menyumbang untuk Yayasan Desquera.
    Desquera sentiasa memastikan dan melaksanakan rancangan jangka pendek,sederhana yang membawa kepada perancangan dan pencapaian jangka panjang.